Rumah Api Iskandariah ataupun (Pharos Iskandariah) merupakan sebuah rumah api yang dibina pada abad ke-3 SM di pulau Pharos berhampiran dengan kota Iskandariah purba, Mesir purba. Ketinggiannya dianggar melebihi 115 meter dan merupakan antara struktur tertinggi ciptaan manusia selama beratus-ratus tahun. Antipater dari Sidon telah menyenaraikannya dalam senarai Tujuh Keajaiban Dunianya.
Sejarah
Kawasan pesisiran pantai merupakan tanah rata dan kurang sesuai sebagai pelabuhan kerana tidak mempunyai panduan unutk pedagang dan pelayar. Oleh itu, sebuah rumah api yang dilengkapkan dengan api dan cermin pantulan telah dibina.Pembinaan
Bangunan rumah api direka oleh Sostratus dari Snidus atas arahan Satrap (Gabenor) Ptolemy I, seorang panglima Iskandar Agung. Selepas Iskandar meninggal dunia, Ptolemy mengisytiharkan diri sebagai raja baru dan mengarahkan pembinaan bangunan rumah api. Bangunan ini disiapkan semasa pemerintahan anakandanya, Ptolemy II Philadelphus.Menurut legenda, Sostratus dihalang oleh Ptolemy meletakkan namanya di bangunan. Namun, Sostratus juga mengukir namanya di tapak bangunan itu, serta inskripsi: Sostratus, anak Dexiphanes dari Cnidia membaktikan bangunan ini kepada tuhan-tuhan, bagi pihak pelayar dan penelajah. Inskripsi itu disorokkan di bawah selapis plaster, dan di bahagian luarnya tertulis satu lagi inskripsi mengagungkan Ptolemy.
Cerita-cerita dongeng pula menyatakan bahawa rumah api ini dapat dilihat dari jarak sejauh 56 km. Bangunan ini dibina menggunakan batu berwarna muda dan mempunyai tiga bahagian: bahagian segi empat tepat bawah dengan teras pusat, bahagian lapan sisi tengah dan bahagian bulat atas. Sebuah cermin besar yang memantul cahaya matahari diletakkan di mercunya, manakala api digunakan pada waktu malam. Berhala Poseidon didirikan di puncaknya pada zaman Empayar Rom.
Dinding bangunan mampu menahan lambakan air laut. Bangunan ini berdiri kukuh dan merupakan antara tujuh keajaiban terakhir (kecuali Piramid Agung Kufu) yang roboh.
0 comments:
Post a Comment