Skodeng Nombor Untuk Menang Hadiah!

Under Construction!

Klik la kat sini...

Wednesday, October 13, 2010

Untuk Apa Blog? Sekadar Buat Duit Sahaja?


Tidak.

Ramai yang salah anggap, blog tujuannya hanya untuk buat duit. Ini adalah pegangan dan fahaman yang amat bahaya!
Ketahuilah, blog banyak tujuannya:
1. Membina rangkaian persahabatan secara online – personal blog
2. Memasarkan produk dan servis di internet – business blog
3. Buat duit dengan program affiliate dan adsense – making money blog
4. Berkongsi ilmu dan pengetahuan. Anda hebat dalam masakan? Blog satu medium yang amat berkesan untuk berkongsi resepi! – content blog
5. Berita terkini (politik, agama, perkembangan dunia..) – news blog
6. Membina kredibiliti dan menarik bakal pelanggan – business blog

Ya, itulah dia. Banyak tujuannya bukan? Cuma, untuk semua jenis blog itu, ia boleh menghasilkan pendapatan sampingan seperti meletak iklan adsense, menyewakan ruang iklan di blog dan program affiliate (letak banner, review..).
Jika anda adalah seorang usahawan internet, penceramah, pensyarah, saintis, doktor, peguam, penulis, pengaturcara, ustaz, ulama’, tukang masak, cikgu sekolah, CEO, pengurus, peniaga eBay atau Lelong, ada shopping cart, seorang coach, atau siapa sahaja anda, maka anda memerlukan blog! Blog adalah salah satu komponen yang amat wajib untuk anda di dalam mencapai sesuatu tujuan samada untuk menarik trafik ke laman jualan anda, membina kredibiliti (tunjuk kepakaran), berkongsi ilmu, berita, dan sebagainya.
Maka jelas: Buat duit bukan matlamat utama, tetapi yang lebih penting adalah menguruskan blog agar kandungannya (content) bertambah, menarik trafik dan fokus kepada usaha memantapkan forum. Duit datang dengan sendirinya.
Tak faham? Kurang jelas? Macam ni.. Anda buat blog mengenai apa-apa topik dan tumpu kepada penulisan atau kandungan yang bermutu untuk blog tersebut. Bila sampai masanya, anda boleh membuat duit dengan blog tersebut. Blog adalah salah satu ‘tools’ yang amat disukai oleh enjin carian kerana ia mengandungi content yang unik dan sentiasa dikemaskini. Ini bermaksud, pengguna di internet pada asalnya adalah bertujuan mencari maklumat dan bukan untuk membeli. Maka, dengan blog, kita boleh menulis dan menulis, iaitu memberikan mereka maklumat percuma. Tetapi, dalam masa yang sama, kita boleh ‘mempromosikan’ produk kita pada blog tersebut.
Pendek kata, tujuan pertama dan sebenar buat blog BUKAN untuk buat duit.. Tetapi duit itu adalah kemudian dan akan datang ‘sendiri’ kelak bila sampai masanya, dengan cara tertentu.
Ikuti langkah yang betul ini dalam membina sebuah blog:
1. Kaji dan buat perancangan
2. Bina (set-up) blog
3. Masukkan kandungan dan tarik trafik (pelawat)
4. Pastikan blog terus ada pembaca setia (beribu-ribu?)
5. Dan, kini anda sudah boleh buat duit dengan pelbagai cara
Dan bukan dengan bina blog dan terus menjual atau buat duit.. Tetapi, bina, ‘maintain’, masukkan kandungan yang bermutu dan unik serta dapatkan trafik yang tinggi. Kemudian, baru anda boleh ‘goyang kaki’ – monetize.
Langkah mudah di atas telah saya lakukan.. Dan kini saya telah dan akan terus menikmati hasilnya. Cuma pesan saya, jangan mengharap bulan jatuh ke riba. Hasil yang lumayan takkan datang sekelip mata! Bukan sehari dua, bahkan mungkin berbulan lamanya.. Adakah anda sanggup? Jika ya, teruskan usaha anda.

8 comments:

shameel Iskandar said...

Terima kasih sahabat atas entry yg menarik. Benar skli ramai yang salah faham terhadap blog. Ramai yg anggap blog sebagai gelanggang utk membuat duti

Beca Hitam said...

shameel iskandar,

saya sekadar berkongsi pengetahuan. Yang baik kita jadikan contoh dan yg x baik, jadikan sempadan

Akak Kembang said...

kalau blog leh buat duit..dah lamer akak kayer dik non...hihihihi..

iela said...

blog untuk suka-suka....kalau dapat duit pun suka gak....

hani said...

blog sekadar hilang2 boring je...
dapat masuk dan baca kat blog kekawan pun dah kira ok..klu ada yang boleh di klik tu...klik aje la..

Beca Hitam said...

Alin Marlini,

a'a kak... mmg kayo rayo ye.. hehe

Beca Hitam said...

mama qistina,

hehe.. terpulang pada individu kan mama....

Beca Hitam said...

hani,

yg penting kita dapat share information dari blog rakan2