Skodeng Nombor Untuk Menang Hadiah!

Under Construction!

Klik la kat sini...

Saturday, October 23, 2010

Rumah Api Iskandariah


Rumah Api Iskandariah ataupun (Pharos Iskandariah) merupakan sebuah rumah api yang dibina pada abad ke-3 SM di pulau Pharos berhampiran dengan kota Iskandariah purba, Mesir purba. Ketinggiannya dianggar melebihi 115 meter dan merupakan antara struktur tertinggi ciptaan manusia selama beratus-ratus tahun. Antipater dari Sidon telah menyenaraikannya dalam senarai Tujuh Keajaiban Dunianya.

Sejarah

Kawasan pesisiran pantai merupakan tanah rata dan kurang sesuai sebagai pelabuhan kerana tidak mempunyai panduan unutk pedagang dan pelayar. Oleh itu, sebuah rumah api yang dilengkapkan dengan api dan cermin pantulan telah dibina.

Pembinaan

Bangunan rumah api direka oleh Sostratus dari Snidus atas arahan Satrap (Gabenor) Ptolemy I, seorang panglima Iskandar Agung. Selepas Iskandar meninggal dunia, Ptolemy mengisytiharkan diri sebagai raja baru dan mengarahkan pembinaan bangunan rumah api. Bangunan ini disiapkan semasa pemerintahan anakandanya, Ptolemy II Philadelphus.


Lukisan Martin Heemskerck.

Menurut legenda, Sostratus dihalang oleh Ptolemy meletakkan namanya di bangunan. Namun, Sostratus juga mengukir namanya di tapak bangunan itu, serta inskripsi: Sostratus, anak Dexiphanes dari Cnidia membaktikan bangunan ini kepada tuhan-tuhan, bagi pihak pelayar dan penelajah. Inskripsi itu disorokkan di bawah selapis plaster, dan di bahagian luarnya tertulis satu lagi inskripsi mengagungkan Ptolemy.
Cerita-cerita dongeng pula menyatakan bahawa rumah api ini dapat dilihat dari jarak sejauh 56 km. Bangunan ini dibina menggunakan batu berwarna muda dan mempunyai tiga bahagian: bahagian segi empat tepat bawah dengan teras pusat, bahagian lapan sisi tengah dan bahagian bulat atas. Sebuah cermin besar yang memantul cahaya matahari diletakkan di mercunya, manakala api digunakan pada waktu malam. Berhala Poseidon didirikan di puncaknya pada zaman Empayar Rom.
Dinding bangunan mampu menahan lambakan air laut. Bangunan ini berdiri kukuh dan merupakan antara tujuh keajaiban terakhir (kecuali Piramid Agung Kufu) yang roboh.

Kemusnahan

Dua gempa bumi pada 1303 dan 1323 telah meruntuhkan bangunan agung ini

Friday, October 22, 2010

10 Tips Bagaimana Menyayangi Seseorang



1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

Thursday, October 21, 2010

35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah



Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
    ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    2. memberikan tumpuan sepanuhnya
    3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    1. taat kepada Allah
    2. mendirikan sembahyang
    3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    4. hormati & sayangi guru
    5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    7. membantu rakan yang memerlukan
    8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
    9. sentiasa bertawakal
    10. mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

Wednesday, October 20, 2010

Definisi Cinta



1. Cinta itu KOMITMEN.
Cinta, tak boleh main-main. Cinta perlu komitmen. Bukan main campak buang semacam. Perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin.
Tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya. Komited sebagai suami yang mithali, ummi yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi mahabbah, mawaddah dan sakinah :)
2. Cinta itu intuitive: NALURI.
Cinta itu sifatnya naluri. Apa tu orang kata, “cinta itu di hati”. Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang.
Jika taknak disakiti, kita tak menyakitkan hati orang lain. Jika nak disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. Jika ada rasa bimbang, seringnya kita akan dapat merasa. Macam cinta ibu pada anak-anak. Sering mereka dapat rasa apa yang anak-anak mereka buat, yang baik atau tak baik untuk anak-anak, kan?
3. Cinta itu sebahagian nature: FITRAH
Cinta itu fitrah. Betul. Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayanagi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci.
4. Cinta sering terletak di puncak: TOP
Bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling mengasihi. Itulah nilai yang mengikat kita semua untuk terus bersatu. Sekuat cinta Tuhan yang memberikan pelbagai nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan.
5. Cinta itu sifatnya ALTRUISTIC.
Apa tu?? Aa, altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri. Dalam lughah disebut al-itsar. Wah, erti pengorbanan di sini. Bak kata Ustaz Hasrizal, makna hidup pada memberi. Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi.
Bila ada niat untuk membahagiakan yang lain, maka kita akan usahakan yang terbaik untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna. Kata Abang Ed, bila kita tolong orang, Allah akan membantu kita, menambah nikmat untuk kita. Indahnya…..

Tuesday, October 19, 2010

Berhala Zeus di Olympia


Berhala Zeus di Olympia diukir oleh pengukir klasik terkenal iaitu Phidias (Kurun ke-5 Sebelum Masihi) kira-kira 435 SM, di Yunani, merupakan salah sebuah dari Tujuh Keajaiban Dunia. Dewa Zeus merupakan dewa bagi Yunani dan Mesir purba. Ia dibina di bandar kuno Olympia, sekitar 150 km barat Athens, di Greece. Binaan kuil asal yang menempatkan patung raksaksa ini dibina sekitar 450 BC, direka oleh arkitek Libon. Patung itu sendiri dicipta oleh pengukir patung Athean, Pheidias. Dibina dari bahagian gading, patung gergasi ini setinggi 45 kaki tinggi, memegang kemenangan pada tangan kanannya, dan cokmar pada tangan kirinya. Kuil ini diperintah tutup oleh maharaja Rom Theodosius I pada 391 AD, yang menyatakan bahawa pertandingan Olympik (yang diwakili patung Dewa ini) merupakan upacara Pagan. Pada tahun 394, selepas 800 tahun di Olympia, ia diambil ke Constantinople (kini Istanbul), ibu kota Empayar Byzantine. Ahli sejarahwan percaya yang ia mungkin musnah akibat kebakaran pada 462 AD.
Berhala yang berkeadaan duduk itu mengisi keseluruh kelebaran ruang kuil yang dibina untuk melindunginya. Menurut sumber kontemporari, ia adalah 12 meter (~40 kaki) tinggi. "Ia seolah-olah Zeus hendak bangun," ahli geografi Strabo yang mencatitnya pada awal abad pertama Sebelum Masihi, "ia boleh menanggalkan bumbung kuil." Zeus diukir dari gading (secara teknikalnya, ia direndam dalam cecair yang akan menjadikannya lebih mudah dibentuk, maka ia mungkin diukir dan dibentuk) lalu disadur dengan kepingan emas dan "didudukkan" di atas singgahsana dari kayu cedar yang dihiasi gading, emas, kayu hitam dan manikam. Di tangan kanan Zeus terdapat patung kecil Nike, dewi kemenangan, dan di tangan kirinya, sebatang cogan alam berkilat dengan hujungnya berbentuk helang. Pengunjung seperti jeneral Rom Aemilius Paulus, yang berjaya menakluk Macedon, telah terharu kerana kagum akan hasil Phidias itu.
Mungkin, penemuan terhebat tentang keajaiban ini adalah pada 1958 dengan penemuan bengkel untuk membina berhala itu. Ini membolehkan para arkeologi mencipta semula teknik untuk membuat karya itu.


"Di tangan kanannya, sebuah bentuk 'Kemenangan' yang dibuat daripada gading dan emas. Di tangan kirinya, cogan alamnya yang digenggam dengan keseluruhannya logam, dan seekor helang bertenggek di atasnya. Sandal dewa dibuat daripada emas, begitu jugalah dengan jubahnya." — Pausianas si orang Yunani (abad ke-2 Selepas Masihi).

Monday, October 18, 2010

Piramid Agung Kufu



Piramid Agung Kufu merupakan satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang tertua dan yang terakhir masih tinggal. Piramid ini dipercayai dibina sebagai makam untuk Firaun Kufu (nama Greek: Cheops; tempoh pemerintahan: 2606-2583 SM) daripada Wangsa Mesir Keempat. Arkiteknya ialah Hemon, saudara Kufu. Piramid ini siap dibina pada sekitar tahun 2580 SM, setelah menelan masa 20 tahun.

Lokasi

Piramid Agung Kufu merupakan piramid yang terbesar dan paling terkenal serta tertua antara tiga piramid (Piramid Kufu, Piramid Khafre dan Piramid Menkaure) di Bandar Kematian Giza, Mesir. Kawasan tersebut bersebelahan dengan bandar moden Kaherah, dan menjadi bahagian utama bagi kompleks bangunan-bangunan yang merangkumi laluan pejalan kaki yang istimewa, dua kuil, tiga piramid yang kecil (digelar piramid permaisuri), lubang-lubang untuk mengebumikan bot-bot serta mastaba-mastaba untuk bangsawan. Pada masa itu, juga terdapat sebuah bandar untuk pekerja-pekerja yang mengandungi antaranya perkuburan, kilang-kilang roti, kilang bir serta kompleks peleburan tembaga. Satu dari piramid kecil mengandungi makam ratu Hetepheres (dijumpai pada 1925), yang merupakan adik dan isteri Snefru dan juga ibu kepada Khufu. Banyak lagi kompleks-kompleks bangunan yang masih dalam usaha mencari dan menganalisis untuk Projek Pemetaan Giza.
Beberapa ratus meter dari barat daya Piramid ini terletaknya Piramid Khafre, yakni makam waris Khufu yang membina Sfinks Agung. Lagi beberapa ratus meter dari barat daya Piramid Khafre terletaknya Piramid Menkaure yang merupakan makam waris Khafre. Tingginya hanya setengah daripada Piramid Khafre. Walau bagaimanapun daripada gambar foto, ia kelihatan tertinggi di kalangan ketiga-tiga piramid disebabkan ia lebih curam dan dibina di atas tanah yang lebih tinggi.

Pembinaan

Sewaktu pembinaannya, ketinggian Piramid Agung Kufu 146.5 meter (481 kaki), akan tetapi disebabkan hakisan dan kecurian batu yang teratas, ketinggian kini ialah 139 meter (455 kaki). Setiap sisi pada kaki piramid berukur 231 meter (758 kaki) dan meliputi kawasan 5.3 hektar (13 ekar).
Pada tahun 1301, satu gempa bumi yang besar telah melonggarkan kebanyakan batu selongsong yang kemudian diangkut ke Kairo oleh An-Nasir Nasir-ad-Din al-Hasan Sultan Bahri untuk pembinaan masjid-masjid dan kubu-kubu. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak batu selongsong di sekitar kaki piramid.
Piramid Agung Kufu mengandungi 2 juta batu blok yang setiap satunya seberat 1 tan. Seluruh Piramid diliputi dengan batu kapur yang dilicinkan sehingga kilauannya dapat diperhatikan di tempat yang berbatu-batu jauh.
Pengukuran tepat pertama piramid dilakukan oleh Sir Flinders Petrie pada tahun 1880–82 dan diterbitkan sebagai "The Pyramids and Temples of Gizeh". Hampir kesemua laporan berasaskan ukurannya. Petrie mendapati kedudukan piramid menjurus pada 4' Barat ke Utara dan piramid kedua juga memiliki unjuran yang serupa. Petrie turut mendapati orentasi berbeza pada teras dan pada kelongsong ( – 5' 16" ± 10"). Petrie mencadangkan penentuan semula Utara dilakukan selepas pembinaan teras, tetapi kesilapan berlaku, dan kelongsong dibina dengan orentasi berbeza. Perbezaan dari utara pada teras, selaras dengan kedudukan bintang b-Ursae Minoris dan z-Ursae Majoris sekitar 3,000 tahun dahulu, mengambil kira pergeraka pada paksi Bumi. Kajia oleh pakar kaji Mesir purba Kate Spence , menujukkan perubahan pada orentasi 8 piramid selaras dengan perubahan kedudukan bintang-bintang tersebut mengikut masa. Ini memberi tarikh permulaan pembinaan piramid pada 2467 BC.
Selama empat milinia ia merupakan struktur dunia tertinggi, tidak diatasi sehingga tiang setinggi 160-meter Lincoln Cathedral disiapkan sekitar 1300 AD. Ketepatan hasil-kerja piramid sehinggakan keempat sisinya memiliki kesilapan purata hanya 50 mm panjang, dan 12 seconds dalam sudut dari segi empat sama. Sisi segi empat sama tepat mengarah kearah mata kompas dengan kejituan 3 minutes of arc dan berasaskan bukannya pada utara magnet, tetapi utara sebenar.
Piramid ini dibina menggunakan batu kapur, basalt atau granit yang dipotong dan dibentuk. Terasnya dibuat daripada batu kapur kasar berkualiti rendah yang diambil dari kuari di selatan Piramid Agung Khufu. Blok batu tersebut seberat purata antara dua hingga empat tan, dengan yang terberat digunakan sebagai asas piramid, dengan anggaran 2.4 juta blok telah digunakan dalam pembinaan. Batu kapur bermutu tinggi digunakan bagi selongsong luar, dengan sesetengah blok seberat sehingga 15 tan. Batu kapur ini datangnya dari Tura, sekitar 8 batu diseberang sungai Nil. Granite yang digunakan for the portcullis dan kamar pelepas tekanan, seberat sehingga 60-80 tan, blok granit dikuari hampir 500 batu di Aswan.
Jumlah keseluruhan jisim piramid dianggarkan sekitar 5.9 juta tan. Isipada (termasuk anak bukit dalaman) dipercayai sebesar 2,600,000 meter padu. Piramid ini merupakan piramid terbesar di Mesir dan tertinggi di dunia dan hanya diatasi oleh Piramid Agung Cholula di Puebla, Mexico, yang, sungguhpun jauh lebih rendah, merangkumi isipadu yang lebih besar.
Ketika siap, Piramid Agung diturap dengan 'batu selongsong' – sisi condong, tetapi rata di bahagian atas, blok batu yang digilap licin. Ini menjadikan tugu peringatan ini berkilauan di bawah matahari dan malah pada waktu malam di bawah cahaya bulan dapat dilihat dari gunung di selatan Mesir sejauh 200 batu (322 km). Apa yang masih dapat dilihat hari ini adalah struktur teras piramid tangga dalaman, tetapi beberapa batu selongsong masih dapat di lihat di sekeliling tapaknya. Batu selongsong Piramid Agung dan Piramid Khafre (di bina langsung disebelahnya) dipotong dengan kejituan optik sehinggakan melencung dari satah sebenar pada keseluruhan kawasan permukaan hanya sekecil 1/50 bahagian se inci. Ia dimuatkan bersama begitu tepat sehinggakan hujung mata pisau tidak boleh diselit antara sambungan sepanjang semua sisi..
Piramid Agung berbeza dengan piramid lain di kawasan itu dari segi aturan dalamannya. Sejumlah besar laluan dan kamar dalamannya, kemasan kerja yang tinggi, dan kejituan pembinaannya kesemuanya jelas membezakannya. Dinding dikeseluruhan piramid kosong dan tidak terukir sepenuhnya, tetapi terdapat catatan — atau untuk lebih tepat lagi, contengan — dibuat oleh pekerja pada batu sebelum ia dipasang. Kesemua lima kamar pelepas dicatat. Catatan paling terkemuka adalah salah satu yang menyebut nama Khufu; ia menyatakan "tahun ke-17 pemerintahan Khufu". Sungguhpun teori lain mencdangkan sebaliknya, berdasarkan kedudukannya yang tersorok ianya sukar dipercayai bahawa ia ditulis selepas pembinannya; malah Graham Hancock menerimanya, selepas Dr Hawass membenarkannya memeriksa catatan itu. Catatan yang lain merujuk kepada "sahabat Khufu", dan kemungkinannya nama salah satu kelompok pekerja. Sungguhpun ini tidak menawarkan bukti sahih bahawa Khufu memulakan pembinaan Piramid Agung atau bila ia mula di bina, ia bagaimanapun jelas membuktikan bahawa dia mengambil bahagian pembinaannya pada fasa tertentu semasa pemerintahannya.
Terdapat tiga kamar dalam Piramid Agung. Ia diatur di tengah, Terdapat paksi menegak dalam piramid. Kamar terendah digali pada batu dasar atas mana piramid dibina. Kamar ini adalah terbesar atara tiga, tetapi tidak siap, hanya digali kasar pada batu.
Kamar tengah, atau, Kamar Ratu, merupakan paling kecil, berukuran sekitar 5.74 kali 5.23 meter, dan 4.57 meter tinggi. Dinding timurnya mempunyai pintu besar bersudut atu lekukan, dan dua liang sempit, sekitar 20 sentimeter lebar, memanjang dari kamar ke permukaan luar piramid, tetapi dihalang oleh "pintu" batu kapur pada beberapa tempat. Pakar Mesir purba Mark Lehner percaya bahawa kamar Ratu bertujuan sebagai serdab— strutur yang terdapat pada beberapa piramid Mesir lain—dan lekukan akan memiliki patung orang yang ditanam. Orang Mesir purba percaya bahawa patung akan bertindak sebagai bekas "sokongan" bagi roh orang Mesir bagi Firaun, sekiranya badan yang dimuami musnah. Tujuan sebenar kamar, bagaimanapun; kekal sebagai misteri.[1]
Dipenghujung beberapa siri laluan panjang mengarah dalam piramid struktur kamar utama, "Kamar Raja". Kamar ini pada asalnya seluas 10 x 20 x 5V5 kubik ("cubit"), atau sekitar 17 x 34 x 19 kaki, membentuk kiub berkembar.

Usaha

RJ atau sokongan berbentuk RL mungkin digunakan untuk mengangkat beberapa tan blok batu. Banyak variasi perkiraan telah dibuat mengenai tenaga kerja yang diperlukan untuk membina Piramid Agung. Herodotus, sejarawan Greek pada abad ke-5 SM, menganggarkan bahawa pembinaan mungkin memerlukan tenaga kerja seramai 100,000 hamba selama 20 tahun. Arkitek Poland Wiesław Kozinski percaya bahawa seramai 25 orang diperlukan bagi mengangkut 1.5 ton blok batu; berdasarkan hal ini, beliau menganggarkan tenaga kerja menjadi 300,000 orang di lokasi pembinaan, dengan tambahan 60,000 di luar tapak. Pada abad ke-19 pakar kaji Mesir purba William Flinders Petrie mencadangkan bahawa sebahagian besar tenaga kerja bukanlah hamba, tetapi penduduk Mesir dari luar bandar, yang bekerja selama tempoh ketika sungai Nil banjir dan kegiatan pertanian ditangguhkan. pakar kaji Mesir purba Miroslav Verner mengemukakan bahawa tenaga kerja itu disusun menjadi sebuah hirarki, yang terdiri daripada dua geng dari 1,000 orang, dibagi menjadi lima zaa atau phyle daripada 200 orang masing-masing, yang mungkin telah dipecahkan lebih lanjut sesuai dengan kemahiran para pekerja.
Beberapa kajian menunjukkan anggaran lain untuk saiz tenaga kerja tersebut. Sebagai contoh, pakar matematik Kurt Mendelssohn mengira bahawa angkatan kerja mungkin paling banyak 50,000 orang, sementara Ludwig Borchardt dan Louis Croon meletakkan jumlah pada 36,000. Menurut Verner, sebuah angkatan kerja tidak lebih dari 30,000 diperlukan dalam pembinaan Piramid Agung.
Kajian pengurusan pembinaan dilakukan oleh firma Daniel, Mann, Johnson, & Mendenhall dengan kerjasama bersama Mark Lehner dan pakar kaji purba Mesir lain (majalh Civil Engineering, Jun 1999), menganggarkan keseluruhan projek memerlukan purata tenaga kerja 13,200 orng dan tenaga kerja kemuncak seramai 40,000 dan siap dari mula sehingga akhir dalam tempoh 10 tahun. Kajian mengangarkan jumlah blok digunakan dalam pembinaan adalah antara 2-2.8 juta (purata 2.4 juta), tetapi mengambil jumlah akhir 2 juta menolak anggaran kawasan ruang kosong kamar dan galeri. Kiraan mereka mencadangkan tenaga kerja mampu mengekalkan kadar 180 blok sejam (3 blok setiap 60 saat) dengan tempoh kerja sepuluh hari kerja bagi meletakkan setiap blok di tempatnya. Mereka mendapat anggaran tersebut dari projek pembinaan dinegara ketiga yang tidak menggunakan mesin moden.
Pengiraan ini, bagaimanapun, tidak mengambil kira masa dan tenaga yang diperlukan bagi mereka, merancang, meninjau, dan meratakan tapak 13 kaki di mana terletaknya Piramid Agung. Ia juga tidak mengambil kira tempoh pembinaan bagi dua piramid utama akhir di tapak itu, Sphinx, kuil (yang mempunyai ciri batu seberat sehingga 200 tan), jaringan jalan laluan, beberapa batu persegi batu berturap (yang pada asalnya melitupi keseluruhan tanah tinggi Giza), meratakan keseluruhan tanah tinggi Giza, 35 lubang bot diukir pada dasar batu pejal (sesetengahnya hampir sepanjang 150 kaki dan sedalam 30 kaki), atau beberapa ciri yang memerluan usaha yang besar.
Apabila menganggarkan tempoh masa yang diperlukan bagi membina Piamid Agung itu sendiri, ia perlu diingati bahawa pembinaan keseluruhan tanah tinggi Giza dipercayai telah dicapai oleh tiga firaun dalam tempoh seratus tahun bermula dengan firaun Khufu yang memerintah antara 2606-2583 S.M. dan berakhir dengan Menkaure 2548-2530 SM (76 tahun). Bagi menggunakan formula usaha Piramid Agung (yang hanya mengira tindakan fizikal meletakkan batu pada tempatnya) pada keseluruhan tanah tinggi Giza akan memerlukan batu, malah jenis 80-200 tan batu yang sesetengahnya dikuari lebih 500 batu jauh di Aswan, untuk diletakkan sepuluh jam sehari, 365 hari setahun bagi sekitar 76 tahun - bukan bagi setiap beberapa minit, tetapi bagi setiap setiap beberapa saat. Pencapaian ini menjadi lebih menakjubkan kerana bermula dengan firaun Snefru yang memerintah dari 2630-2606 SM (meninggalkan tempoh 100 tahun antara permulaan pemerintahanya dan berakhirnya pemerintahan firaun Menkaure pada 2530 SM), tiga piramid besar juga dibina: Piramid Bertingkat di Saqqara (dipercayai sebagai piramid Mesir pertama), Piramid Condong, dan Piramid Merah di Dashur.
Herodotus menjangkakan bahawa blok batu yang digunakan bagi pembinaan Piramd Agung dialih pada tempatnya dengan mengangkatnya secara berturut menggunakan kerangka kayu. Satu lagi kemungkinannya dicadangkan oleh pengkaji purba Diodorus Siculus adalah batu gergasi dihela sepanjang sistem tanjakan kepada ketinggian yang diperlukan. Lebih terkini, Mark Lehner menjangka bahawa tanjakan berpilin, bermula dari kiari batu di tenggara dan berterusan mengelilingi luaran piramid, mungin digunakan. Dalam model Lehner, blok batumungkin dihela di atas luncur dilicinkan menggunakan air. Sumber lain pula mencadangkan penggunaan susu sebagai pelicin.
Blok batu yang dipotong rapi dikhaskan bagi penggunaan luaran. Apabila berada pada kedudukanya sisinya dilicinkan bagi memberikan gambaran luaran piramid hampir bersinar. Bagi teras dalaman, blok batu dipotong kurang rapi, kerana terdapat rongga cukup besar bagi memasukkan tangan. Rongga ini diisi dengan serpihan puing, dicampur dengan gipsum. Kajian terkini oleh Gilles Dormion dan Jean Patrice Goidin mncadangkan kewujudan ruang diisi dengan pasir, yang mengambil 10 hingga 15% isipadu piramid. Ini boleh mengurangkan jumla kerja yang diperlukan bagi pembinaan.
Idea bagi menggunakan penggolek bagi mengalih blok batu dipopularkan dalam filem Hollywood, tetapi sehingga kini, samaada menggunakan tanjakan, penggolek, atau lainnya, tidak banyak rekod sejarah bagi mengambarkan bagaimana pengangkutan darat dilakukan.
Sekiranya tanjakan digunakan bagi menolak blok teratas piramid pada tempatnya, cerunan itu akan megandungi lebih banyak bahan berbanding dalam piramid itu sendiri dan bahan ini perlu dialihkan selepas pembinaan disiapkan. Carigali pada kawasan selatan Piramid Agung menunjukkan bukti tinggalan tanjakan yang terdiri dari dua dinding yang dibina dari puing batu dan campuran Tafla. Ruang antaranya diisi dengan pasir dan gipsum embentuk sebahagian besar tanjakan. Ia dijumpai semasa kerja mengalihkan kabel Petunjukan Bunyi dan Cahaya di Giza (Hawass, The Pyramids of Ancient Egypt). Melihat jisim yang diperlukan bagi membina tanjakan pada skala pembinaan Piraid Agung sebagaimana dicadangkan oleh teori tanjakan, ianya tidak jelas apakah kegunaan tanjakan yang baru dijumpai dan jauh lebih kecil.

Sunday, October 17, 2010

Taman Tergantung Babylon



Taman Tergantung Babylon (juga dikenali sebagai Taman Tergantung Semiramis) dan tembok-tembok Babylon (kini Iraq) telah dipertimbangkan untuk menjadi salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Kedua-duanya telah dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), anak kepada Nabopolassar yang telah menguasai Kerajaan Babylon dan mengakibatkan berakhirnya tamadun Mesopotamia yang selama ini dibawah pimpinan Raja Hammurabi (1792-1750 BC). Taman tergantung Babylon terletak sekitar 50 kilometer selatan Baghdad, Iraq di sebelah tebing timur Sungai Euphrates.
Taman Tergantung ini juga telah dicatatkan dalam sejarah Yunani seperti oleh Strabo dan Diodorus Siculus, tetapi tidak banyak bukti yang menyokong akan kewujudannya. Sesetengah bukti yang dikumpulkan ketika penggalian istana Babylon hanya menunjukkan sesuatu yang umum tetapi tidak menunjukkan lebih dari sekadar hiasan yang menarik. Sesetengah berpendapat yang lokasinya mungkin telah dikelirukan oleh masa yang terlalu lama tambahan pula dengan kewujudan sebuah taman di Nineveh kerana jelas batu-batu bersurat di sana lebih menunjukkan yang taman itu telahpun dijumpai. Tulisan pada batu itu menunjukkan sesuatu alat yang digunakan seakan-akan Skru Archimedes untuk mengangkat air ke tempat tinggi.
Menurut sesetengah punca, taman tersebut dibina untuk menggembirakan isteri Nebuchadnezzar, Amyitis yang rindukan kampong halaman. Amyitis, anak kepada Raja dari kerajaan Medes, telah berkahwin dengan Nebuchadnezzar untuk menjalinkan hubungan kerjasama di antara dua negara. Negara dari mana dia datang adalah sebuah kawasan yang subur menghijau dan berbukit-bukau tetapi malangnya dia terpaksa berpindah ke kawasan yang rata dan tandus berbatu di Mesopotamia (sebuah kawasan di barat daya Asia) yang menyebabkan dia bersedih. Maka, raja memutuskan untuk membina keadaan seperti kampong halamannya di sebuah bukit tiruan yang berbumbungkan kebun-kebun dan taman.
Taman Tergantung sebenarnya tidaklah betul-betul "tergantung" seperti terikat dengan tali. Namanya datang dari terjemahan yang kata Yunani kremastos atau kata Latin pensilis, yang bermaksud bukan hanya "tergantung” tetapi "anjung," seperti terletak di atas berandah atau suatu teres.
Ahli geografi Yunani Strabo, yang memperihalkan tentang taman itu pada kurun pertama Sebelum Masihi, menulis "Taman tersebut adalah segi empat sama “quadrangular”, dan setiap sisi adalah sepanjang empat plethra. Ia mempunyai teres yang bertutup dalam keadaan menaik di atas yang lain, dan dipasakkan dengan tiang berbentuk petak. Semua itu berongga yang berisi tanah untuk membenarkan pokok-pokok besar untuk ditanam. Tiang-tiang, ruang dan teres-teres dibina dari bata yang dibakar dan simen tampalan."
Jika taman itu wujud, ia akan mempamerkan suatu pemandangan yang menarik: Bukit buatan yang subur menghijau memberi kelainan dari yang lain di sekelilingnya yang tandus.
"Pendekatan terhadap Taman itu ibarat pinggir bukit dan sebahagian dari struktur binaan menaik antara satu dengan lain tingkat demi tingkat... Di atas semua ini, tanah telah diletakkan dan telah ditanamkan pohon-pohon dengan lebatnya dengan setiap jenis yang, dengan saiznya yang besar dan menarik, memberikan kesenangan kepada pemiliknya... Air dinaikkan dengan banyaknya dari sungai walaupun tiada siapapun di luar yang dapat melihatnya." — Diodorus Siculus.

Saturday, October 16, 2010

Erti Persahabatan




Saat gembira tertawa
Saat berduka kita sama-sama
Duduk bermuram durja

Kita saling memerlukan
Menghormati satu ikatan
Itulah...
Ertinya persahabatan

Ada kalanya terkasar bahasa
Tapi kita saling memaafinya
Pahit manis kecapi bersama
Bersatu hadapi segala

Bersamalah teman
Kita hargai
Mahkota suci
Bersamalah teman
Kita harungi
Istana erti persahabatan

Saat gembira tertawa
Saat berduka kita sama-sama
Duduk bermuram durja

Kita saling memerlukan
Menghormati satu ikatan
Itulah...
Ertinya persahabatan

Berkekalanlah hendaknya
Kemesraan diantara kita
Seandainya tak lagi bersama
Semat kenangan mengusik jiwa
Bersamalah teman
Kita hargai
Mahkota suci
Bersamalah teman
Kita harungi
Istana erti persahabatan

Friday, October 15, 2010

Atlantis


Atlantis (Yunani kuno: Ἀτλαντὶς νῆσος, "Pulau Atlas") adalah nama pulau legenda yang pertama kali disebut dan digambarkan oleh ahli falsafah Yunani Purba Plato dalam dialognya Timaeus dan Critias.
Menurut Plato, pulau Atlantis yang terletak "melepasi tiang Hercules", merupakan kuasa marin yang menakluk sebahagian besar Eropah Barat dan Afrika. Tidak lama selepas gagal menakluk Athens, Atlantis tenggelam di bawah ombak "dalam bencana satu hari dan satu malam" akibat malapetaka semulajadi yang berlaku 9,000 tahun sebelum zaman Plato.
Oleh kerana kisah ini hanya diceritakan oleh Plato, Atlantis kemungkinannya satu mitos yang direkanya bagi menyokong teori politiknya yang berdasarkan fakta sejarah. Sesetengah sarjana berpendapat Plato bertujuan menceritakan sejarah sebenar. Sungguhpun tujuan penceritaan Atlantis jelas bagi kebanyakan sarjana, mereka tidak sependapat sama ada atau banyak mana gambaran Plato berasaskan fakta sejarah. Sesetengah sarjana mendakwa Plato mengambil pengajaran daripada kejadian silam seperti letupan Thera atau perang Trojan, sementara yang lain menegaskan bahawa dia mengambil inspirasi dari kejadian semasa seperti kemusnahan Helike pada 373 SM atau kegagalan Athenian menjajah Sicily pada tahun 415–413 SM.
Kemungkinan kewujupan Atlantis dibincangkan secara aktif dalam budaya klasik kuno, tetapi biasanya ia ditolak dan kadang kala dipersendakan. Walaupun tidak diketahui semasa Zaman Pertengahan, kisah Atlantis dijumpai kembali oleh golongan humanis pada permulaan zaman moden. Gambaran Plato memberi inspirasi kepada beberapa penulis Renaisans bagi menghasilkan hasil kerja utopia, seperti Francis Bacon's "New Atlantis". Atlantis kini menjadi sumber inspirasi penulisan moden, daripada cereka sains kepada buku komik dan wayang.

atlantis sebuah pulau bertamadun wujud sebelum mesir dan cina. wujudnya 9000 s.m sebelum plato dilahirkan.manusia-manusia di atlantis hidup aman damai dari sebarang bencana.pulau atlantis lenyap dari muka bumi.bahagian bumi atlantis terdampar di beberapa benua.terdapat di kepulauan bahamas. Namun begitu, sesetengah sarjana berpendapat bahawa pulau atlantis pernah wujud. mereka berpendapat bahawa pulau atlantis tenggelam di bahagian asia, kerana sejarah yang pernah diceritakan oleh plato mengatakan bahawa atlantis adalah sebuah pulau yang kaya dengan bijih timah dan emas, selain penduduknya menanam tanaman seperti nenas dan pisang, yang kebanyakkanya berada di bahagian asia.

Thursday, October 14, 2010

Misteri Segitiga Bermuda



Segi Tiga Bermuda, juga dikenali sebagai Segi Tiga Syaitan ("Devil"), merupakan kawasan di barat laut Lautan Atlantik di mana sejumlah kapal terbang dan kapal telah hilang dalam apa yang dikatakan sebagai keadaan yang melampaui sempadan kesilapan manusia atau akibat matapetaka semula jadi. Sesetengah kehilangan tersebut telah disabitkan dengan paranormal, penggantungan hukum fizik, atau aktiviti oleh makhluk asing oleh budaya popular. Sungguhpun terdapat banyak dokumen yang menunjukkan kebanyakan kejadian telah disalah lapor atau ditokok tambah oleh pengarang berikutnya, dan kebanyakan agensi rasmi telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa jumlah kehilangan tidak dianggap menonjol menurut anggaran mereka, kebanyakan kehilangan kekal tidak dijelaskan sungguhpun penyiasatan mendalam dilakukan mengenainya.

Kawasan segi tiga

Sempadan Segi tiga Bermuda berbeza menurut pengarang; sesetengah menyatakan bentuknya menyerupai trapezium menyelitupi Selat Florida, Bahamas, dan keseluruhan pulau Caribbean timur Azores; yang lain menambah Teluk Mexico kepadanya. Sempadan segi tiga yang lebih biasa ditulis dalam buku mempunyai titik sempadannya di pantai Florida Lautan Atlantik; San Juan, Puerto Rico; dan pulau Bermuda tengah Atlantik, dengan kebanyakan kejadian tertumpu kepada sempadan selatan sekitar Bahamas dan Selat Florida.

Kawasan ini merupakan salah satu laluan perkapalan yang tersibuk di dunia, dengan kapal melintasinya setiap hari untuk ke pelabuhan di Amerika, Europah, dan Kepulauan Caribbean. Kapal pelancongan turut banyak tersedia, dan kenderaan rehlah sering berulang-alik antara Florida dan kepulauan tersebut. Ianya turut merupakan laluan yang paling banyak dilalui oleh kapal terbang persendirian mahupun perdagangan yang menghala ke arah Florida, Caribbean, dan Amerika Selatan dari titik utara.
Arus lautan Arus Teluk mengalir melalui Segi tiga Bermuda selepas meninggalkan Teluk Mexico; arusnya sekuat lima hingga enam knot mungkin memainkan peranan dalam beberapa kehilangan. Ribut mengejut mampu dan pernah muncul, dan pada musim panas sehingga akhir musim gugur kadang-kala hurikan menghentam kawasan tersebut. Gabungan antara laluan laut sibuk dengan cuaca tidak menentu menjadikannya tidak mustahil kapal mampu karam dalam ribut dan tenggelam tanpa sebarang kesan – terutama sebelum teknologi komunikasi, radar, dan satelit dipertingkatkan pada akhir abad ke-20.

Sejarah cerita segi tiga Bermuda
Menurut pengarang segi tiga Bermuda, Christopher Columbus merupakan orang pertama merekodkan sesuatu yang ganjil dalam Segi tiga Bermuda, melaporkan bahawa dia dan anak kapalnya melihat "cahaya pelik menari-nari di kaki langit", api di langit, dan pada titik lain dia menulis mengenai bacaan kompas luar biasa di kawasan tersebut. Dalam buku lognya, bertarikh 11 Oktober 1492 dia menulis:
Seorang anak kapal telah ternampak tanah itu (Rodrigo de Triana), walaupun laksamananya pada pukul sepuluh petang itu sedang berdiri di biliknya (quarter-deck) nampak satu cahaya, tetapi sangat kecil satu benda yang beliau tidak dapat memastikan itu adalah tanah; memanggil Pero Gutiérrez (groom of the King's wardrobe) ia memberitahu Pero tentang cahaya yang dilihatnya, kemudian mengarahkan pandangan Pero ke arah cahaya itu, yang mana Pero juga telah terlihat; Pero kemudian membuat perkara yang sama kepada Rodrigo Sánchez of Segovia, yang telah di hantar oleh Raja dan Permaisuri bersama dengan skuadron, sebagai 'comptroller', tetapi dia tidak dapat melihatnya. Laksamana kemudian mengesahkan apa yang dilihatnye satu atau dua kali lagi, yang nampak seperti cahaya dari lilin bergerak ke atas dan ke bawah, yang mana sesetengah orang berpendapat ianya datang dari daratan. Laksamana bagaimanapun pasti yang kawasan daratan itu sudah hampir.
Penyelidik moden telah memeriksa buku log asal telah mengandaikan bahawa cahaya yang dilihatnya adalah api memasak orang asli Taino dalam kanoe mereka atau di pantai; bacaan kompas adalah akibat bacaan salah berdasarkan pergerakan bintang.
Rencana pertama mengenai lagenda segitiga bermuda mula muncul dalam akhbar ditulis oleh E.V.W. Jones pada 16 September 1950, melalui Associated Press. Dua tahun berikutnya, majalah Fate menerbitkan rencana pendek "Sea Mystery At Our Back Door" oleh George X. Sand pada isu Oktober 1952 mengenai kehilangan beberapa kapal terbang dan kapal, termasuk kehilangan Flight 19, sekumpulan lima kapal terbang pengebom Tentera laut Amerika Syarikat TBM Avenger dalam misi latihan. Rencana Sand adalah yang pertama meletakkan segi tiga yang kini biasa dilihat di mana kehilangan berlaku. Flight 19 sahaja dilapor dalam isu April 1962 Majalah American Legion. Rencana bertajuk "The Lost Patrol", oleh Allen W. Eckert, dan dalam ceritanya ia didakwa bahawa ketua penerbangan didengari berkata "We are entering white water, nothing seems right. We don't know where we are, the water is green, no white." It was also claimed that officials at the Navy board of inquiry stated that the planes "flew off to Mars." "The Lost Patrol" was the first to connect the supernatural to Flight 19, but it would take another author, Vincent Gaddis, writing in the February 1964 Argosy Magazine to take Flight 19 together with other mysterious disappearances and place it under the umbrella of a new catchy name: "The Deadly Bermuda Triangle"; he would build on that article with a more detailed book, Invisible Horizons, the next year. Others would follow with their own works: John Wallace Spencer (Limbo of the Lost, 1969); Charles Berlitz (The Bermuda Triangle, 1974); Richard Winer (The Devil's Triangle, 1974), and many others, all keeping to some of the same supernatural elements outlined by Eckert.

Penjelasan Kusche

Lawrence David Kusche, seorang penyelidik perpustakaan dari Universiti Negeri Arizona dan pengarang The Bermuda Triangle Mystery: Solved (1975) mencabar trend ini. Penyelidikan Kusche mendedahkan ketidaktepatan dan percanggahan antara kisah Berlitz dan kenyataan dari saksi, peserta, dan yang lain yang terbabit dalam kejadian asal. Dia mendapati bahawa di mana maklumat berkenaan tidak dilaporkan, seperti kehilangan pelayar mengelilingi duniaDonald Crowhurst, yang Berlitz bentangkan sebagai misteri, sungguhpun bukti jelas yang sebaliknya. Satu contoh lain adalah pengangkut bijih yang didakwa Berlitz sebagai hilang tanpa jejak tiga hari dari pelabuhan Atlantik apabila ia dilaporkan hilang selepas tiga hari dari pelabuhan yang sama nama di Lautan Pasifik. Kusche turut mendakwa bahawa peratusan besar dari kejadian yang mencetus pengaruh misteri Segi tiga sebenarnya berlaku jauh dari tempat itu. Sering kali penyelidikannya amat mudah: dia hanya meneliti akhbar masa itu dan melihat fakta seperti lapuran cuaca yang tidak pernah disebut dalam cerita tersebut.
Kusche membuat beberapa kesimpulan:

  • Jumlah kapal dan kapal terbang yang dilaporkan hilang di kawasan tersebut tidak terlebih besar, secara bandingan, dengan tempat lain di lautan.
  • Di kawasan sering dilanda ribut tropika, jumlah kehilangan yang berlaku di situ, bagi kebanyakan masa, tidak melampau, tidak bermistri; tambahan lagi, Berlitz dan penulis lain sering kali gagal melaporkan ribut sedemikian.
  • Jumlah yang dilaporkan juga dibesar-besarkan oleh penyelidikan tidak teliti. Bot yang dilaporkan sebagai hilang, tetapi akhirnya (sungguhpun lambat) kembali ke pelabuhan mungkin tidak dilaporkan.
  • Sesetengah kehiangan sebenarnya, tidak pernah berlaku. Satu kemalangan kapal terbang terhempas yang dikatakan berlaku pada 1937 di Pantai Daytona, Florida, di hadapan beratus-ratus saksi; pemeriksaan dengan akhbar tempatan tidak mebuah hasil.
Kusche menmbuat kesimpulan bahawa:
Lagenda Segi tiga Bermuda adalah misteri buata .. yang diteruskan oleh penulis yang secara sengaja atau tidak sengaja menggunakan salah faham, kesimpulan salah (faulty reasoning), dan sensationalism.