Skodeng Nombor Untuk Menang Hadiah!

Under Construction!

Klik la kat sini...

Monday, October 18, 2010

Piramid Agung Kufu



Piramid Agung Kufu merupakan satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang tertua dan yang terakhir masih tinggal. Piramid ini dipercayai dibina sebagai makam untuk Firaun Kufu (nama Greek: Cheops; tempoh pemerintahan: 2606-2583 SM) daripada Wangsa Mesir Keempat. Arkiteknya ialah Hemon, saudara Kufu. Piramid ini siap dibina pada sekitar tahun 2580 SM, setelah menelan masa 20 tahun.

Lokasi

Piramid Agung Kufu merupakan piramid yang terbesar dan paling terkenal serta tertua antara tiga piramid (Piramid Kufu, Piramid Khafre dan Piramid Menkaure) di Bandar Kematian Giza, Mesir. Kawasan tersebut bersebelahan dengan bandar moden Kaherah, dan menjadi bahagian utama bagi kompleks bangunan-bangunan yang merangkumi laluan pejalan kaki yang istimewa, dua kuil, tiga piramid yang kecil (digelar piramid permaisuri), lubang-lubang untuk mengebumikan bot-bot serta mastaba-mastaba untuk bangsawan. Pada masa itu, juga terdapat sebuah bandar untuk pekerja-pekerja yang mengandungi antaranya perkuburan, kilang-kilang roti, kilang bir serta kompleks peleburan tembaga. Satu dari piramid kecil mengandungi makam ratu Hetepheres (dijumpai pada 1925), yang merupakan adik dan isteri Snefru dan juga ibu kepada Khufu. Banyak lagi kompleks-kompleks bangunan yang masih dalam usaha mencari dan menganalisis untuk Projek Pemetaan Giza.
Beberapa ratus meter dari barat daya Piramid ini terletaknya Piramid Khafre, yakni makam waris Khufu yang membina Sfinks Agung. Lagi beberapa ratus meter dari barat daya Piramid Khafre terletaknya Piramid Menkaure yang merupakan makam waris Khafre. Tingginya hanya setengah daripada Piramid Khafre. Walau bagaimanapun daripada gambar foto, ia kelihatan tertinggi di kalangan ketiga-tiga piramid disebabkan ia lebih curam dan dibina di atas tanah yang lebih tinggi.

Pembinaan

Sewaktu pembinaannya, ketinggian Piramid Agung Kufu 146.5 meter (481 kaki), akan tetapi disebabkan hakisan dan kecurian batu yang teratas, ketinggian kini ialah 139 meter (455 kaki). Setiap sisi pada kaki piramid berukur 231 meter (758 kaki) dan meliputi kawasan 5.3 hektar (13 ekar).
Pada tahun 1301, satu gempa bumi yang besar telah melonggarkan kebanyakan batu selongsong yang kemudian diangkut ke Kairo oleh An-Nasir Nasir-ad-Din al-Hasan Sultan Bahri untuk pembinaan masjid-masjid dan kubu-kubu. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak batu selongsong di sekitar kaki piramid.
Piramid Agung Kufu mengandungi 2 juta batu blok yang setiap satunya seberat 1 tan. Seluruh Piramid diliputi dengan batu kapur yang dilicinkan sehingga kilauannya dapat diperhatikan di tempat yang berbatu-batu jauh.
Pengukuran tepat pertama piramid dilakukan oleh Sir Flinders Petrie pada tahun 1880–82 dan diterbitkan sebagai "The Pyramids and Temples of Gizeh". Hampir kesemua laporan berasaskan ukurannya. Petrie mendapati kedudukan piramid menjurus pada 4' Barat ke Utara dan piramid kedua juga memiliki unjuran yang serupa. Petrie turut mendapati orentasi berbeza pada teras dan pada kelongsong ( – 5' 16" ± 10"). Petrie mencadangkan penentuan semula Utara dilakukan selepas pembinaan teras, tetapi kesilapan berlaku, dan kelongsong dibina dengan orentasi berbeza. Perbezaan dari utara pada teras, selaras dengan kedudukan bintang b-Ursae Minoris dan z-Ursae Majoris sekitar 3,000 tahun dahulu, mengambil kira pergeraka pada paksi Bumi. Kajia oleh pakar kaji Mesir purba Kate Spence , menujukkan perubahan pada orentasi 8 piramid selaras dengan perubahan kedudukan bintang-bintang tersebut mengikut masa. Ini memberi tarikh permulaan pembinaan piramid pada 2467 BC.
Selama empat milinia ia merupakan struktur dunia tertinggi, tidak diatasi sehingga tiang setinggi 160-meter Lincoln Cathedral disiapkan sekitar 1300 AD. Ketepatan hasil-kerja piramid sehinggakan keempat sisinya memiliki kesilapan purata hanya 50 mm panjang, dan 12 seconds dalam sudut dari segi empat sama. Sisi segi empat sama tepat mengarah kearah mata kompas dengan kejituan 3 minutes of arc dan berasaskan bukannya pada utara magnet, tetapi utara sebenar.
Piramid ini dibina menggunakan batu kapur, basalt atau granit yang dipotong dan dibentuk. Terasnya dibuat daripada batu kapur kasar berkualiti rendah yang diambil dari kuari di selatan Piramid Agung Khufu. Blok batu tersebut seberat purata antara dua hingga empat tan, dengan yang terberat digunakan sebagai asas piramid, dengan anggaran 2.4 juta blok telah digunakan dalam pembinaan. Batu kapur bermutu tinggi digunakan bagi selongsong luar, dengan sesetengah blok seberat sehingga 15 tan. Batu kapur ini datangnya dari Tura, sekitar 8 batu diseberang sungai Nil. Granite yang digunakan for the portcullis dan kamar pelepas tekanan, seberat sehingga 60-80 tan, blok granit dikuari hampir 500 batu di Aswan.
Jumlah keseluruhan jisim piramid dianggarkan sekitar 5.9 juta tan. Isipada (termasuk anak bukit dalaman) dipercayai sebesar 2,600,000 meter padu. Piramid ini merupakan piramid terbesar di Mesir dan tertinggi di dunia dan hanya diatasi oleh Piramid Agung Cholula di Puebla, Mexico, yang, sungguhpun jauh lebih rendah, merangkumi isipadu yang lebih besar.
Ketika siap, Piramid Agung diturap dengan 'batu selongsong' – sisi condong, tetapi rata di bahagian atas, blok batu yang digilap licin. Ini menjadikan tugu peringatan ini berkilauan di bawah matahari dan malah pada waktu malam di bawah cahaya bulan dapat dilihat dari gunung di selatan Mesir sejauh 200 batu (322 km). Apa yang masih dapat dilihat hari ini adalah struktur teras piramid tangga dalaman, tetapi beberapa batu selongsong masih dapat di lihat di sekeliling tapaknya. Batu selongsong Piramid Agung dan Piramid Khafre (di bina langsung disebelahnya) dipotong dengan kejituan optik sehinggakan melencung dari satah sebenar pada keseluruhan kawasan permukaan hanya sekecil 1/50 bahagian se inci. Ia dimuatkan bersama begitu tepat sehinggakan hujung mata pisau tidak boleh diselit antara sambungan sepanjang semua sisi..
Piramid Agung berbeza dengan piramid lain di kawasan itu dari segi aturan dalamannya. Sejumlah besar laluan dan kamar dalamannya, kemasan kerja yang tinggi, dan kejituan pembinaannya kesemuanya jelas membezakannya. Dinding dikeseluruhan piramid kosong dan tidak terukir sepenuhnya, tetapi terdapat catatan — atau untuk lebih tepat lagi, contengan — dibuat oleh pekerja pada batu sebelum ia dipasang. Kesemua lima kamar pelepas dicatat. Catatan paling terkemuka adalah salah satu yang menyebut nama Khufu; ia menyatakan "tahun ke-17 pemerintahan Khufu". Sungguhpun teori lain mencdangkan sebaliknya, berdasarkan kedudukannya yang tersorok ianya sukar dipercayai bahawa ia ditulis selepas pembinannya; malah Graham Hancock menerimanya, selepas Dr Hawass membenarkannya memeriksa catatan itu. Catatan yang lain merujuk kepada "sahabat Khufu", dan kemungkinannya nama salah satu kelompok pekerja. Sungguhpun ini tidak menawarkan bukti sahih bahawa Khufu memulakan pembinaan Piramid Agung atau bila ia mula di bina, ia bagaimanapun jelas membuktikan bahawa dia mengambil bahagian pembinaannya pada fasa tertentu semasa pemerintahannya.
Terdapat tiga kamar dalam Piramid Agung. Ia diatur di tengah, Terdapat paksi menegak dalam piramid. Kamar terendah digali pada batu dasar atas mana piramid dibina. Kamar ini adalah terbesar atara tiga, tetapi tidak siap, hanya digali kasar pada batu.
Kamar tengah, atau, Kamar Ratu, merupakan paling kecil, berukuran sekitar 5.74 kali 5.23 meter, dan 4.57 meter tinggi. Dinding timurnya mempunyai pintu besar bersudut atu lekukan, dan dua liang sempit, sekitar 20 sentimeter lebar, memanjang dari kamar ke permukaan luar piramid, tetapi dihalang oleh "pintu" batu kapur pada beberapa tempat. Pakar Mesir purba Mark Lehner percaya bahawa kamar Ratu bertujuan sebagai serdab— strutur yang terdapat pada beberapa piramid Mesir lain—dan lekukan akan memiliki patung orang yang ditanam. Orang Mesir purba percaya bahawa patung akan bertindak sebagai bekas "sokongan" bagi roh orang Mesir bagi Firaun, sekiranya badan yang dimuami musnah. Tujuan sebenar kamar, bagaimanapun; kekal sebagai misteri.[1]
Dipenghujung beberapa siri laluan panjang mengarah dalam piramid struktur kamar utama, "Kamar Raja". Kamar ini pada asalnya seluas 10 x 20 x 5V5 kubik ("cubit"), atau sekitar 17 x 34 x 19 kaki, membentuk kiub berkembar.

Usaha

RJ atau sokongan berbentuk RL mungkin digunakan untuk mengangkat beberapa tan blok batu. Banyak variasi perkiraan telah dibuat mengenai tenaga kerja yang diperlukan untuk membina Piramid Agung. Herodotus, sejarawan Greek pada abad ke-5 SM, menganggarkan bahawa pembinaan mungkin memerlukan tenaga kerja seramai 100,000 hamba selama 20 tahun. Arkitek Poland Wiesław Kozinski percaya bahawa seramai 25 orang diperlukan bagi mengangkut 1.5 ton blok batu; berdasarkan hal ini, beliau menganggarkan tenaga kerja menjadi 300,000 orang di lokasi pembinaan, dengan tambahan 60,000 di luar tapak. Pada abad ke-19 pakar kaji Mesir purba William Flinders Petrie mencadangkan bahawa sebahagian besar tenaga kerja bukanlah hamba, tetapi penduduk Mesir dari luar bandar, yang bekerja selama tempoh ketika sungai Nil banjir dan kegiatan pertanian ditangguhkan. pakar kaji Mesir purba Miroslav Verner mengemukakan bahawa tenaga kerja itu disusun menjadi sebuah hirarki, yang terdiri daripada dua geng dari 1,000 orang, dibagi menjadi lima zaa atau phyle daripada 200 orang masing-masing, yang mungkin telah dipecahkan lebih lanjut sesuai dengan kemahiran para pekerja.
Beberapa kajian menunjukkan anggaran lain untuk saiz tenaga kerja tersebut. Sebagai contoh, pakar matematik Kurt Mendelssohn mengira bahawa angkatan kerja mungkin paling banyak 50,000 orang, sementara Ludwig Borchardt dan Louis Croon meletakkan jumlah pada 36,000. Menurut Verner, sebuah angkatan kerja tidak lebih dari 30,000 diperlukan dalam pembinaan Piramid Agung.
Kajian pengurusan pembinaan dilakukan oleh firma Daniel, Mann, Johnson, & Mendenhall dengan kerjasama bersama Mark Lehner dan pakar kaji purba Mesir lain (majalh Civil Engineering, Jun 1999), menganggarkan keseluruhan projek memerlukan purata tenaga kerja 13,200 orng dan tenaga kerja kemuncak seramai 40,000 dan siap dari mula sehingga akhir dalam tempoh 10 tahun. Kajian mengangarkan jumlah blok digunakan dalam pembinaan adalah antara 2-2.8 juta (purata 2.4 juta), tetapi mengambil jumlah akhir 2 juta menolak anggaran kawasan ruang kosong kamar dan galeri. Kiraan mereka mencadangkan tenaga kerja mampu mengekalkan kadar 180 blok sejam (3 blok setiap 60 saat) dengan tempoh kerja sepuluh hari kerja bagi meletakkan setiap blok di tempatnya. Mereka mendapat anggaran tersebut dari projek pembinaan dinegara ketiga yang tidak menggunakan mesin moden.
Pengiraan ini, bagaimanapun, tidak mengambil kira masa dan tenaga yang diperlukan bagi mereka, merancang, meninjau, dan meratakan tapak 13 kaki di mana terletaknya Piramid Agung. Ia juga tidak mengambil kira tempoh pembinaan bagi dua piramid utama akhir di tapak itu, Sphinx, kuil (yang mempunyai ciri batu seberat sehingga 200 tan), jaringan jalan laluan, beberapa batu persegi batu berturap (yang pada asalnya melitupi keseluruhan tanah tinggi Giza), meratakan keseluruhan tanah tinggi Giza, 35 lubang bot diukir pada dasar batu pejal (sesetengahnya hampir sepanjang 150 kaki dan sedalam 30 kaki), atau beberapa ciri yang memerluan usaha yang besar.
Apabila menganggarkan tempoh masa yang diperlukan bagi membina Piamid Agung itu sendiri, ia perlu diingati bahawa pembinaan keseluruhan tanah tinggi Giza dipercayai telah dicapai oleh tiga firaun dalam tempoh seratus tahun bermula dengan firaun Khufu yang memerintah antara 2606-2583 S.M. dan berakhir dengan Menkaure 2548-2530 SM (76 tahun). Bagi menggunakan formula usaha Piramid Agung (yang hanya mengira tindakan fizikal meletakkan batu pada tempatnya) pada keseluruhan tanah tinggi Giza akan memerlukan batu, malah jenis 80-200 tan batu yang sesetengahnya dikuari lebih 500 batu jauh di Aswan, untuk diletakkan sepuluh jam sehari, 365 hari setahun bagi sekitar 76 tahun - bukan bagi setiap beberapa minit, tetapi bagi setiap setiap beberapa saat. Pencapaian ini menjadi lebih menakjubkan kerana bermula dengan firaun Snefru yang memerintah dari 2630-2606 SM (meninggalkan tempoh 100 tahun antara permulaan pemerintahanya dan berakhirnya pemerintahan firaun Menkaure pada 2530 SM), tiga piramid besar juga dibina: Piramid Bertingkat di Saqqara (dipercayai sebagai piramid Mesir pertama), Piramid Condong, dan Piramid Merah di Dashur.
Herodotus menjangkakan bahawa blok batu yang digunakan bagi pembinaan Piramd Agung dialih pada tempatnya dengan mengangkatnya secara berturut menggunakan kerangka kayu. Satu lagi kemungkinannya dicadangkan oleh pengkaji purba Diodorus Siculus adalah batu gergasi dihela sepanjang sistem tanjakan kepada ketinggian yang diperlukan. Lebih terkini, Mark Lehner menjangka bahawa tanjakan berpilin, bermula dari kiari batu di tenggara dan berterusan mengelilingi luaran piramid, mungin digunakan. Dalam model Lehner, blok batumungkin dihela di atas luncur dilicinkan menggunakan air. Sumber lain pula mencadangkan penggunaan susu sebagai pelicin.
Blok batu yang dipotong rapi dikhaskan bagi penggunaan luaran. Apabila berada pada kedudukanya sisinya dilicinkan bagi memberikan gambaran luaran piramid hampir bersinar. Bagi teras dalaman, blok batu dipotong kurang rapi, kerana terdapat rongga cukup besar bagi memasukkan tangan. Rongga ini diisi dengan serpihan puing, dicampur dengan gipsum. Kajian terkini oleh Gilles Dormion dan Jean Patrice Goidin mncadangkan kewujudan ruang diisi dengan pasir, yang mengambil 10 hingga 15% isipadu piramid. Ini boleh mengurangkan jumla kerja yang diperlukan bagi pembinaan.
Idea bagi menggunakan penggolek bagi mengalih blok batu dipopularkan dalam filem Hollywood, tetapi sehingga kini, samaada menggunakan tanjakan, penggolek, atau lainnya, tidak banyak rekod sejarah bagi mengambarkan bagaimana pengangkutan darat dilakukan.
Sekiranya tanjakan digunakan bagi menolak blok teratas piramid pada tempatnya, cerunan itu akan megandungi lebih banyak bahan berbanding dalam piramid itu sendiri dan bahan ini perlu dialihkan selepas pembinaan disiapkan. Carigali pada kawasan selatan Piramid Agung menunjukkan bukti tinggalan tanjakan yang terdiri dari dua dinding yang dibina dari puing batu dan campuran Tafla. Ruang antaranya diisi dengan pasir dan gipsum embentuk sebahagian besar tanjakan. Ia dijumpai semasa kerja mengalihkan kabel Petunjukan Bunyi dan Cahaya di Giza (Hawass, The Pyramids of Ancient Egypt). Melihat jisim yang diperlukan bagi membina tanjakan pada skala pembinaan Piraid Agung sebagaimana dicadangkan oleh teori tanjakan, ianya tidak jelas apakah kegunaan tanjakan yang baru dijumpai dan jauh lebih kecil.

2 comments:

Hakimi Reza said...

Nakal minat la baca sejarah2 dunia ni
nt abg beca buat entri psl sejarah babylon ke..
thnks

Beca Hitam said...

lagenda budak nakal,

sy dah buat pasal babylon semlm... he he he