Skodeng Nombor Untuk Menang Hadiah!

Under Construction!

Klik la kat sini...

Tuesday, October 12, 2010

Asal usul makan sirih



Tradisi makan sirih merupakan warisan budaya silam, melebihi 3,000 tahun yang lampau atau zaman Neolitik dan diamalkan dengan meluas di rantau Asia Tenggara, hingga keabad kini.  Pengamalnya terdiri dari pelbagai golongan termasuk masyarakat marhaen, pembesar negara, raja serta kalangan istana dan tidak ketinggalan juga kanak-kanak.
Tradisi ini tidak dapat dipastikan dari mana asalnya. Ianya dikatakan berasal dari India, berdasarkan cerita-cerita sastera. Manakala jika berdasarkan bukti linguistik, kemungkinan besar tradisi ini berasal dari kepulauan Indonesia. Pelayar terkenal Marco Polo diabad ketiga belas telah menulis dalam catatannya bahawa terdapat segumpal sentil atau songel tembakau dimulut kaum India. Kenyataan ini dijelaskan juga oleh penjelajah terdahulu daripadanya seperti Ibn Batuta dan Vasco Da Gama yang menyatakan terdapat masyarakat di sebelah Timur memakan sirih.
Sementara di Malaysia, tradisi ini dikatakan mungkin bermula tanpa pengaruh luar. Masyarakat India menyatakan bahawa sirih pada mulanya bukan untuk dimakan, tetapi adalah sebagai bahan persembahan sewaktu sembahyang di kuil-kuil sahaja. Beberapa daun sirih akan dihidangkan bersama-sama sebelah kelapa yang telah dibelah dua berserta dua biji pisang emas sebagai persembahan untuk dewa.
Kini sirih menjadi popular dikalangan masyarakat Melayu, selain dimakan oleh masyarakat marhaen, juga sebagai simbol adat resam dan adat istiadat Melayu yang telah menjadi suatu kepastian di dalam beberapa upacara adat kaum tersebut. Dalam urusan nikah kahwin, perubatan tradisional dan banyak lagi adat adalah sebagai contoh dimana sirih itu digunakan secara beradat sekali.
Sirih junjung dihias cantik sebagai sebahagian barang hantaran pengantin dan juga sirih penyeri kepada pengantin perempuan. Selain itu di dalam upacara rasmi kebesaran istana dan kerajaan juga, sirih junjung memainkan peranan penting, dimana ianya menjadi penyeri majlis dan mengepalai sesuatu perarakan yang diadakan.

4 comments:

Teratak pena said...

kalau dulu ingat lagi mak andam ada amalkan makan sirih untuk naikkan seri wajah... masa tu mak sedare jadi mangsa... kelat muka menahan rasa

Beca Hitam said...

Bayu Kenangan,

haha.. betul tu... sekarang ni anak muda dah tak pandang sirih ni...

sibersensasi said...

makan sireh campur dengan buah pala best ooo..mamak ada jual tu dulu punya cerita la...sireh byk diguna untuk perubatan melayu.sekarang ni nk jumpa org tanam pokok sireh pun susah...

Beca Hitam said...

yahaya,

betul tu.. tapi kat thailand masih byk yg mkn sireh ni