Skodeng Nombor Untuk Menang Hadiah!

Under Construction!

Klik la kat sini...

Wednesday, December 15, 2010

Perhatian Untuk Pemenang Nombor Spot Counter

 
Salam semua, Beca baru dapat mengakses internet untuk 30 minit saja. Ini pun kat internet cafe. Beca ingin memaklumkan bahawa Beca sekarang berada di pedalaman utara Thailand di wilayah Phayao untuk 1 projek. Buat masa ni mmg susah bagi Beca untuk mendapat talian intenet. Jadi Beca mohon agar pemenang nombor SPOT COUNTER tu bersabar untuk menerima hadiah-hadiah tersebut. Bukan Beca nak lari dari memberi hadiah tapi saja buat-buat lupa.. kah kah kah.
Insyaalah sekembalinya Beca ke Malaysia, Beca akan uruskan penghantaran hadiah-hadiah tersebut.
Miss you all.

Wednesday, December 1, 2010

Sorry, Ampun, Maaf dan Whatever!


Salam semua.
Beca memohon maaf sebab salah type info dan penerimaan blogger adalah berbeza dari apa yang Beca nak sampaikan. Yang sebenarnya, bukanlah Beca nak bersara tapi Beca ada tugasan diluar kawasan liputan internet. Tempoh tugasan tu hanya untuk 2 minggu saja.
Maksud Beca ialah Beca kena tinggalkan blog ni untuk sementara waktu je dan Beca mohon pengampunan dari blogger semua sebab apa yang Beca buat pada entri yang lepas telah disalah erti.
Beca harap blogger semua, tolonglah jaga blog Beca sewaktu Beca takde... ahakss
Love you all!

Tuesday, November 30, 2010

Masa Untuk Tinggalkan Dunia Blog!


Beca ingin mengumumkan yang Beca akan meninggalkan dunia maya Blog ini. Terima kasih diatas sokongan blogger semua. Beca akan rindukan kamu semua. Sob.. sob.. sob..
Tetapi peraduan SPOT NOMBOR TOTAL COUNTER AKAN DITERUSKAN juga. Diminta blooger yang bertuah tu PRINT SCREEN BERSAMA DENGAN JAM DIGITAL DIATAS  KOTAK TOTAL COUNTER dan email kepada Beca berserta NAMA, ALAMAT, BLOG URL DAN HP NOMBOR untuk proses penghantaran hadiah tersebut.
Terima kasih

Monday, November 29, 2010

PENGUMUMAN PENTING!

 
 
Salam semua.
 
Memandangkan untuk hadiah SPOT NOMBOR TOTAL COUNTER tu ada 7 pemenang, Beca akan berikan hadia kepada 7 pemenang tersebut walaupun dah banyak rambut Beca luruh sebab tergaru-garu macam mana boleh 7 orang serentak yang menang... kah kah kah.
 
Tahniah Beca ucapkan kepada pemenang tersebut.

Wednesday, November 24, 2010

Giveaway Time!


Beca ingin memberi giveaway kepada blogger semua. Syaratnya sungguh mudah, simple, senang dan easy. Blogger semua hanya perlu tinggalkan comments kat blog Beca. Hadiah ini hanya untuk 10 pengomen yang terawal saja. Jadi, siapa cepat dia dapat. 

Giveaway ini dipantau oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)... ahakss. Jadi tiada penyelewengan untuk hadiah tersebut.

Semoga berjaya!

Saturday, November 13, 2010

Hadiah Untuk Anda!


 
Hola semua,

Beca ingin berkongsi perasaan blogger untuk berblog dalam alam blog ni meriah dan rasa seronok. Jadi Beca ingin memberi hadiah pada sesiapa yang dapat spot nombor-nombor yang beca type kat sticky note yang gambar burung tu. Bukan apa, cuma untuk menghargai saudara saudari semua yang berblog sampai tak ingat dunia dalam dunia blog ni. Kah kah kah. (gurau je tau).


Ini adalah hadiah yg pertama dari Beca dan insyaallah, pemberian hadiah ini untuk 50 hadiah. Bermakna ada 50 kali nombor baru dan anda semua kena check nombor nombor tu selalu untuk memenangi hadiah tersebut.

Hadiahnya bukanlah sebuah kereta, bot laju, komputer, peti sejuk. almari baju, santan kotak, penyapu lidi, telur burung puyuh, jarum peniti, lesung batu atau pencuci mangkuk tandas tapi hanya small token untuk kenangan dari Beca.

Pemenang tersebut hanya perlu print screen page yang tertera nombor tersebut dan email kat Beca segala butiran seperti Nama, Alamat dan HP nombor. Beca akan uruskan penghantaran hadiah tersebut secepat mungkin. Harap sesiapa yang berjaya spot nombor-nombor tersebut gembira dengan hadiah yang bakal diterima. 

Semoga Berjaya

Thursday, November 11, 2010

Hadiah Menanti Follower Yang Ke 100

Salam semua, Disini Beca ingin memberi reward pada sesiapa yang menjadi follower yg ke 100. Bukan apa, cuma untuk menghargai kalian semua dalam dunia blog ni.
Hadiahnya bukanlah sebuah kereta atau komputer tapi hanya untuk kenangan dari Beca. Pemenang tersebut hanya perlu email kat Beca segala butiran seperti Nama, Alamat dan HP no. dan Beca akan uruskan penghantaran hadiah tersebut secepat mungkin. Harap sesiapa yang berjaya menjadi follower yg ke 100 gembira dengan hadiah yang bakal diterima. 
Semoga Berjaya

16 Cara Didik Anak Berbudi Bahasa



Mengajar anak mengenai budi bahasa adalah suatu proses yang memerlukan masa yang berpanjangan dan bukan dalam masa tempoh yang singkat. Membentuk anak mengenai budi merupakan suatu proses yang berterusan. Anak – anak yang masih kecil suka akan peraturan dan secara umumnya suka akan sesuatu yang baru dalam hidupnya. Jadi apa kata ikuti panduan untuk membentuk budi bahasa dalam diri anak – anak dan anda sebagai boleh ibu bapa, suatu hari nanti boleh berbangga dengan hasilnya!.

Ajar anak-anak mengenai apa itu hormat.
- Secara tidak langsung membuatkan mereka belajar untuk menghormati orang lain. Bukankah segalanya bermulanya dari rumah? Jadi, cakap dengan baik kepada anak dan tingkah laku itu akan membuatkan anak melakukan perkara yang sama kepada orang lain.

Bantu lakukan kerja rumah.
- Biarkan anak melakukan kerja rumah yang mudah seperti membuang sampah ataupun membawa pinggan plastik dan diletakkan di atas meja. Aktiviti ini merupakan suatu pengenalan kepada anak untuk membantu ahli keluarga membersihkan rumah serta jangan lupa untuk mengajarnya asas tatatertib menggunakan telefon.

Praktik kesopanan dalam keluarga.
- Setiap ahli keluarga perlu mempraktikkan perkataan ‘ tolong ‘ dan ‘ terima kasih ‘. Jadikan ia suatu ungkapan yang wajib dalam keluarga. Jika anak terlupa untuk untuk mengucapkan terima kasih, buat sesuatu untuk mengingatkannya seperi berkata, ‘ Ibu sedang menunggu ni…’ dan pastinya dia sedar bahawa anda sedang menunggu untuk dia ucapkan ' terima kasih ‘.

Mudah meminta maaf dan memaafkan.
-Galakkan anak untuk meminta maaf apabila telah melakukan kesalahan. Jadikan ungkapan meminta maaf sebagai satu kebiasaan. Ini akan membuatkan dia lebih disenangi dalam pergaulannya.

Memberikan pujian.
-Berikan pujian berbanding kritikan apabila anak melakukan perkara yang betul. Bagi anak-anak, pujian adalah kata-kata yang menakjubkan. Biarkan anak tahu bahawa anda sangat bangga apabila dia menunjukkan sikap yang sopan setiap masa.

Kongsi permainan dengan kanak-kanak lain.
-Berikan kata-kata pujian apabila dia sedia berkongsi dengan orang lain. Katakan kepadanya sikap suka berkongsi barang membuatkan dirinya disukai ramai.

Jangan terlalu inginkan hasil yang cepat.
- Melatih anak mengenai budi bahasa bukan suatu yang mudah. Dalam tempoh itu pelbagai kesalahan dilakukan. Ia merupakan suatu proses percubaan sama ada boleh dilakukan atau tidak. Anak akan belajar dari kesilapannya.

Menggunakan penggunaan ayat yang betul.
-Jika anak menggunakan perkataan. ‘ Adik mahu air,’ betulkan penggunaan ayatnya dan berkata, ‘ Boleh ibu tolong ambilkan adik air,?’ dan minta anak anda ulangi ungkapan tadi.

Duduk di meja dengan kedudukan yang sopan.
- Jangan membuat bising dan makan dengan sopan supaya tiada makanan atau minuman yang tumpah. Paling penting, jangan bergaduh di meja makan.

Menjadi model tatatertib kepada anak.
-Jika mulut anda penuh dengan makanan, jangan bercakap kerana anak akan mengikut apa yang anda lakukan.

Berlatih untuk duduk diam di meja makan.
-Lakukan dalam tempoh masa 15 ke 20 minit. Ini akan mengajar anak berdisiplin di meja makan tanpa melakukan sebarang perbuatan yang mungkin membuatkan anda marah.

Gunakan perkataan ‘ tolong ‘.
-Guna perkataan ini apabila mahu meminta anak mengambil barang yang mahu. Pastikan barang itu mudah untuk diambil dan tidak mudah pecah.

Komen.
-Jangan membuat komen yang tidak baik mengenai makanan di hadapannya. Jika tidak mahu katakan ‘ tidak, terima kasih ‘

Minta kebenaran.
-Jika anak merampas barang permainan rakannya, katakan kepadanya,‘ perbuatan kamu ini tidak baik kerana mengambil barang kawan tanpa kebenaran’

Salam.
-Menghulurkan tangan untuk berjabat salam apabila berjumpa dengan orang yang lebih tua daripadanya. Ia mampu melahirkan perasaan hormat dalam diri anak.

Suara.
-Beritahu kepadanya tempat yang perlu bersuara kuat dan tempat yang perlu bersuara perlahan.

Ramai anak-anak sekarang belajar berkomunikasi dari rakan-rakan sebaya mereka. Akibatnya mereka mempelajari bahasa kasar dan bahasa yang tidak sesuai untuk berkomunikasi. Oleh itu, dedahkan hidup anak-anak dengan persekitaran yang cemerlang!

Wednesday, November 10, 2010

Perkara Yang Lelaki Perlu Tahu Dan Juga Perempuan Perlu Tahu



Lelaki perlu tahu yang perempuan:
  1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
  6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
  8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.
“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”


Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:
  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
  6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! (Macam aku kot)
  12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
  14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
  16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
  19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Tuesday, November 9, 2010

Kalaulah Facebook Ada Pada Zaman Dulu!

Facebook memang dikenali seluruh dunia. Rata-rata semua orang ada Facebook pada ketika ini dari yang muda hinggalah yang tua. Kalaulah Facebook ada pada zaman dulu, inilah pengaruh atau situasi yang akan berlaku pada masa itu. Apapun, layan je... kah kah kah.


P/S - Klik untuk besarkan gambar untuk kesesuaian mata anda. 





  
     

 


 
 










Thursday, November 4, 2010

Pendapat, Pandangan Dan Cadangan Dari Blogger

 
Salam 1 Malaysia.
 
Disini beca ingin mengetahui pandangan, pendapat dan cadangan tentang blog BECA HITAM dari semua blogger. Secara amnya, beca pun tak tau apa pemikiran blogger tentang blog BECA HITAM ni.
 
Tujuan beca menghasilkan blog BECA HITAM ni sekadar untuk berkongsi maklumat am yang selama ini mungkin diabaikan oleh sesetengah orang. So, dari seseorang tu untuk menggoogle mencari bahan bacaan, beca carikan dan buat entri kat blog beca. Mudah dan senang bagi semua orang, tetapi tak semua blogger yang suka entri pasal informasi, kan?
 
Jadi disini beca ingin meminta jasa baik dari semua blogger memberi pendapat, pandangan dan cadangan untuk beca mengukuh dan memperkasakan blog beca untuk semua.
 
Beca mengalu-alukan segala pendapat, pandangan dan cadangan yang berunsur positif dan negatif supaya beca tahu kelemahan dan kelebihan blog BECA HITAM ni untuk kebaikan semua.
 
Jadi disini beca ingin mengucapkan billionan terima kasih terlebih dahulu kepada pendapat, pandangan dan cadangan yang bakal blogger2 sekelian berikan.

Wednesday, November 3, 2010

Persahabatan


Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Renungilah.. . terima kasih padamu sahabatku..maafkanl ah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..

Tuesday, November 2, 2010

Pertandingan Header Tercantik

Salam semua. Beca ni 1st time dpt tag macam ni. Beca x pernah buat sebelum ni. Harap klu ada yg terkurang atau yg x lengkap, beca mohon pengampunan dari blooger semua.
 



 
Beca dari tag dari MAK LAGENDA untuk pertandingan header tercantik. (Cantik ke header aku?). Mak tag beca sebab mak kena tag ngan si alieneliz. Apapun beca akan sahut cabaran mak lagenda.
 
 
Tarikh tutup 6 Nov 2010 ni. Ada masa lagik nak join pertandingan ni tau. Meh arr join reramai sebab alienelliz ni nak bagi hadiah top up youuu. Apa syarat pertandingan dia?? Beca tepek kat bawah ni hah..
 
* Buat entry untuk pertandingan ni
 
* Make sure gambar header tuan punya blogger ada dalam entri korang

* Tag 3 blogger yg lain
* Sent email bagitau tuan blog yg korang dah join bersama nama penuh, url blog korang dan HP no sekali
 
* Tinggalkan komen korang kat blog tuan empunya blog
 
Seperti biasa, pertandingan ni mesti mengetagkan blog yg lain juga. So beca kena la tag 3 blogger juga. Dan blog yg kena tag ialah..... (bunyi drum) hehehe :
 
 
Bulan
 
Panadol 
 
Anish

Hujan


Hujan merupakan satu bentuk kerpasan, seperti salji, hujan air batu, embun dan kabus. Hujan terbentuk apabila titik air yang terpisah jatuh ke bumi dari awan. Bukan semua air hujan sampai ke permukaan bumi, sesetengahnya terpeluwap ketika jatuh melalui udara kering, sejenis kerpasan yang dikenali sebagai virga.

Fenomena alam

Hujan memainkan peranan penting dalam kitaran hidrologi di mana kelembapan dari laut terpeluwap, bertukar menjadi awan, terkumpul menjadi awan, jatuh kembali ke bumi, dan akhirnya kembali ke laut melalui sungai dan anak sungai untuk mengulangi kitaran itu semula.
Tolok hujan biasa
Jumlah air hujan diukur menggunakan tolok hujan. Alat ini seakan-akan paip kerongga yang tertutup pada bawahnya, dengan satu corong pada hujungnya yang di atas. Alat ini biasanya diletakkan di suatu tempat yang lapang. Jumlah air hujan dinyatakan sebagai kedalaman air yang terkumpul pada permukaan rata, dan diukur kepada 0.25 mm terhampir. Kadang-kadang ia turut disebut dalam liter per meter persegi (1 L/m² = 1 mm).
Tempat yang air hujannya kurang daripada 254 mm (10 inci) setahun dipanggil gurun, manakala jumlah hujan yang lebih daripada 510 mm setahun diperlukan untuk tujuan pertanian. Tetapi sekiranya jumlah hujan lebih daripada 2540 mm setahun, tumbuhan liar boleh menjadi amat subur sehingga mengancam tanam-tanaman.
Air hujan sering digambarkan sebagai berbentuk "lonjong" seperti air mata, lebar di bawah dan tirus di atas, tetapi ini tidak tepat. Air hujan kecil hampir bulat. Air hujan yang besar menjadi semakin leper, seperti roti burger; air hujan yang lebih besar berbentuk payung terjun. Air hujan yang besar jatuh lebih cepat berbanding air hujan yang lebih kecil. Biasanya diameter air hujan ialah antara 1 - 2 mm.

Kebudayaan

Beberapa kebudayaan telah membentuk kebencian kepada hujan dan telah mencipta pelbagai peralatan seperti payung dan baju hujan. Ramai orang juga lebih gemar berkurung di dalam rumah pada hari hujan. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang bersetuju bahawa bau tumbuhan/persekitaran selepas hujan amat menyegarkan.

Monday, November 1, 2010

Penghargaan Diri

 
Definisi “penghargaan diri” dapat dinyatakan sebagai suatu reputasi yang kita miliki sendiri. Hal ini bukan suatu perasaan atau suatu perlengkapan baru atau suatu pujian. Pakaian baru, pujian dan semua yang bersifat sementara membuat kita merasa baik untuk sesaat, tetapi mereka memiliki suatu kualitas yang cepat terhadap sesuatu yang diperlukan untuk dipertahankan sesering perubahan badai dalam kehidupan kita. Semua yang bersifat sementara ini tidak akan bertahan lama atau permanen.
Penghargaan diri dicari oleh kita dan untuk kita, dan tidak diberikan secara alami oleh alam kepada beberapa orang tidak juga pada orang lain. Kita dilahirkan tidak serta merta dengan suatu penghargaan diri yang tinggi tetapi memerlukan suatu cara atau orang lain jika kita berjalan mengarungi kehidupan dengan kedamaian dan kerukunan. Beberpa diantara kita memperoleh penghargaan diusia awal dan sebagian lagi harus bekerja sangat panjang dan keras untuk mendapatkan reputasi yang baik agar kita mampu mewakili siapa sebenarnya kita.
Ketika kita menemukan penilaian diri kita, tidak berarti kita tidak akan pernah tahu kepedihan, kesengsaraan, kegelisahan dan depresi, tetapi kita akan mengalami keadaan ini dan kita tidak dapat mengatasinya sesegara mungkin jika kita tidak selalu memacu diri kita.
Menghormati nilai dan peranan kita melibatkan penerimaan terhadap diri kita, menyusun harapan yang realistis, memaafkan diri kita dan orang lain, mengambil resiko, percaya dan mengepresikan diri. Hal ini tercermin pada penghormatan kreativitas kita, pikiran, tubuh, dan kepercayaan diri.
Nathaniel Branded, penulis “The Six Pillars of Self-Esteem” dan “The Psychology of Romantic Love,” mengatakan bahwa ada tiga tantangan dalam hidup yaitu:

  • memiliki kemampuan untuk merawat diri sendiri secara independen,
  • mengembangkan kompetensi pada semua hubungan
  • daya tahan.
Kita semua pernah merasakan kepedihan dan kekalahan, tetapi elemen yang lebih penting di sini adalah kita pasti kembali ke arena. Ini merupakan tanda penghargaan diri yang yakin. Kehidupan akan memukul jatuh kita tetapi penilian diri kita mengatakan bahwa pengalaman terjadi pada kita tetapi bukan terjadi pada siapa diri kita.
Ada enam prinsip penghargaan diri menurut Branden, yaitu Jalani hidup dengan penuh kesadaran, penerimaan diri, tanggung jawab terhadap diri sendiri, ketegasan diri, hidup dengan tujuan yang jelas dan integritas diri. Mari kita lihat reputasi yang telah kita miliki atau akan kita capai.

Saturday, October 23, 2010

Rumah Api Iskandariah


Rumah Api Iskandariah ataupun (Pharos Iskandariah) merupakan sebuah rumah api yang dibina pada abad ke-3 SM di pulau Pharos berhampiran dengan kota Iskandariah purba, Mesir purba. Ketinggiannya dianggar melebihi 115 meter dan merupakan antara struktur tertinggi ciptaan manusia selama beratus-ratus tahun. Antipater dari Sidon telah menyenaraikannya dalam senarai Tujuh Keajaiban Dunianya.

Sejarah

Kawasan pesisiran pantai merupakan tanah rata dan kurang sesuai sebagai pelabuhan kerana tidak mempunyai panduan unutk pedagang dan pelayar. Oleh itu, sebuah rumah api yang dilengkapkan dengan api dan cermin pantulan telah dibina.

Pembinaan

Bangunan rumah api direka oleh Sostratus dari Snidus atas arahan Satrap (Gabenor) Ptolemy I, seorang panglima Iskandar Agung. Selepas Iskandar meninggal dunia, Ptolemy mengisytiharkan diri sebagai raja baru dan mengarahkan pembinaan bangunan rumah api. Bangunan ini disiapkan semasa pemerintahan anakandanya, Ptolemy II Philadelphus.


Lukisan Martin Heemskerck.

Menurut legenda, Sostratus dihalang oleh Ptolemy meletakkan namanya di bangunan. Namun, Sostratus juga mengukir namanya di tapak bangunan itu, serta inskripsi: Sostratus, anak Dexiphanes dari Cnidia membaktikan bangunan ini kepada tuhan-tuhan, bagi pihak pelayar dan penelajah. Inskripsi itu disorokkan di bawah selapis plaster, dan di bahagian luarnya tertulis satu lagi inskripsi mengagungkan Ptolemy.
Cerita-cerita dongeng pula menyatakan bahawa rumah api ini dapat dilihat dari jarak sejauh 56 km. Bangunan ini dibina menggunakan batu berwarna muda dan mempunyai tiga bahagian: bahagian segi empat tepat bawah dengan teras pusat, bahagian lapan sisi tengah dan bahagian bulat atas. Sebuah cermin besar yang memantul cahaya matahari diletakkan di mercunya, manakala api digunakan pada waktu malam. Berhala Poseidon didirikan di puncaknya pada zaman Empayar Rom.
Dinding bangunan mampu menahan lambakan air laut. Bangunan ini berdiri kukuh dan merupakan antara tujuh keajaiban terakhir (kecuali Piramid Agung Kufu) yang roboh.

Kemusnahan

Dua gempa bumi pada 1303 dan 1323 telah meruntuhkan bangunan agung ini

Friday, October 22, 2010

10 Tips Bagaimana Menyayangi Seseorang



1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

Thursday, October 21, 2010

35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah



Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
    ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    2. memberikan tumpuan sepanuhnya
    3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    1. taat kepada Allah
    2. mendirikan sembahyang
    3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    4. hormati & sayangi guru
    5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    7. membantu rakan yang memerlukan
    8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
    9. sentiasa bertawakal
    10. mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

Wednesday, October 20, 2010

Definisi Cinta



1. Cinta itu KOMITMEN.
Cinta, tak boleh main-main. Cinta perlu komitmen. Bukan main campak buang semacam. Perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin.
Tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya. Komited sebagai suami yang mithali, ummi yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi mahabbah, mawaddah dan sakinah :)
2. Cinta itu intuitive: NALURI.
Cinta itu sifatnya naluri. Apa tu orang kata, “cinta itu di hati”. Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang.
Jika taknak disakiti, kita tak menyakitkan hati orang lain. Jika nak disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. Jika ada rasa bimbang, seringnya kita akan dapat merasa. Macam cinta ibu pada anak-anak. Sering mereka dapat rasa apa yang anak-anak mereka buat, yang baik atau tak baik untuk anak-anak, kan?
3. Cinta itu sebahagian nature: FITRAH
Cinta itu fitrah. Betul. Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayanagi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci.
4. Cinta sering terletak di puncak: TOP
Bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling mengasihi. Itulah nilai yang mengikat kita semua untuk terus bersatu. Sekuat cinta Tuhan yang memberikan pelbagai nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan.
5. Cinta itu sifatnya ALTRUISTIC.
Apa tu?? Aa, altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri. Dalam lughah disebut al-itsar. Wah, erti pengorbanan di sini. Bak kata Ustaz Hasrizal, makna hidup pada memberi. Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi.
Bila ada niat untuk membahagiakan yang lain, maka kita akan usahakan yang terbaik untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna. Kata Abang Ed, bila kita tolong orang, Allah akan membantu kita, menambah nikmat untuk kita. Indahnya…..

Tuesday, October 19, 2010

Berhala Zeus di Olympia


Berhala Zeus di Olympia diukir oleh pengukir klasik terkenal iaitu Phidias (Kurun ke-5 Sebelum Masihi) kira-kira 435 SM, di Yunani, merupakan salah sebuah dari Tujuh Keajaiban Dunia. Dewa Zeus merupakan dewa bagi Yunani dan Mesir purba. Ia dibina di bandar kuno Olympia, sekitar 150 km barat Athens, di Greece. Binaan kuil asal yang menempatkan patung raksaksa ini dibina sekitar 450 BC, direka oleh arkitek Libon. Patung itu sendiri dicipta oleh pengukir patung Athean, Pheidias. Dibina dari bahagian gading, patung gergasi ini setinggi 45 kaki tinggi, memegang kemenangan pada tangan kanannya, dan cokmar pada tangan kirinya. Kuil ini diperintah tutup oleh maharaja Rom Theodosius I pada 391 AD, yang menyatakan bahawa pertandingan Olympik (yang diwakili patung Dewa ini) merupakan upacara Pagan. Pada tahun 394, selepas 800 tahun di Olympia, ia diambil ke Constantinople (kini Istanbul), ibu kota Empayar Byzantine. Ahli sejarahwan percaya yang ia mungkin musnah akibat kebakaran pada 462 AD.
Berhala yang berkeadaan duduk itu mengisi keseluruh kelebaran ruang kuil yang dibina untuk melindunginya. Menurut sumber kontemporari, ia adalah 12 meter (~40 kaki) tinggi. "Ia seolah-olah Zeus hendak bangun," ahli geografi Strabo yang mencatitnya pada awal abad pertama Sebelum Masihi, "ia boleh menanggalkan bumbung kuil." Zeus diukir dari gading (secara teknikalnya, ia direndam dalam cecair yang akan menjadikannya lebih mudah dibentuk, maka ia mungkin diukir dan dibentuk) lalu disadur dengan kepingan emas dan "didudukkan" di atas singgahsana dari kayu cedar yang dihiasi gading, emas, kayu hitam dan manikam. Di tangan kanan Zeus terdapat patung kecil Nike, dewi kemenangan, dan di tangan kirinya, sebatang cogan alam berkilat dengan hujungnya berbentuk helang. Pengunjung seperti jeneral Rom Aemilius Paulus, yang berjaya menakluk Macedon, telah terharu kerana kagum akan hasil Phidias itu.
Mungkin, penemuan terhebat tentang keajaiban ini adalah pada 1958 dengan penemuan bengkel untuk membina berhala itu. Ini membolehkan para arkeologi mencipta semula teknik untuk membuat karya itu.


"Di tangan kanannya, sebuah bentuk 'Kemenangan' yang dibuat daripada gading dan emas. Di tangan kirinya, cogan alamnya yang digenggam dengan keseluruhannya logam, dan seekor helang bertenggek di atasnya. Sandal dewa dibuat daripada emas, begitu jugalah dengan jubahnya." — Pausianas si orang Yunani (abad ke-2 Selepas Masihi).