Skodeng Nombor Untuk Menang Hadiah!

Under Construction!

Klik la kat sini...

Monday, October 11, 2010

Beca, pengangkutan tradisional


Ada yang masih ingat dengan kenderaan beroda tiga, yang bernama beca? Sekitar sepuluh atau dua puluh tahun yang mendatang, mungkin anak-anak masa kini sudah tidak mengenal beca lagi kerana kebanyakkan beca telah digantikan dengan kenderaan yang lebih moden. Bukan tidak mungkin, suatu hari nanti, kita hanya dapat melihat beca dalam ukuran barang pelihara, menjadi hiasan dalam bentuk souvenir atau foto. Kini di Pulau Pinang dan Melaka yang masih mempunyai banyak beca dibandar untuk tarikan pelancong luar dan dalam negara. 

Konon, asal nama beca berasal dari bahasa Hokkian, salah satu suku bangsa di China, dari kata be chia yang bererti kereta kuda. Beca adalah kenderaan yang umum dijumpai di negara Malaysia, Indonesia dan negara Asia, seperti di China dan Vietnam. Tetapi untuk Singapura, Malaysia dan Jepun, beca digunakan hanya untuk tarikan pelancong pada masa kini.
Beberapa tahun yang lalu, ketika saya mengunjungi daerah China Town di Singapura, yang terletak tidak jauh dari Arabian Street, di sebuah sudut jalan terdapat banyak sekali beca yang menunggu penumpang. Mereka biasanya mencari penumpang dari pelbagai negara yang ingin naik beca untuk berpusing di sekitar China Town tersebut. Secara umum, bentuk beca di sini hampir sama dengan beca yang ada di Malaysia.

5 comments:

hani said...

rasa nak naik ..tapi sian pula kt org yang mngayuh tu...penat..he3

Beca Hitam said...

hani,

mmg... kita rasa kesian kat pengayuh tu. selalunya yg mengayuh tu tua2 belaka...

Mar Yanie said...

ha'ah..biasenye yg tua2 semua masih setia mengayuh beca..

Beca Hitam said...

mar yanie,

betul tu. yg muda2 nak merempit je

Betplace88 said...

Partner http://www.judisabungayamonline.org and http://www.sabungayamonline.asia | Support by : http://www.sabungayamonline.online and http://www.sabungayambangkok.org : Powered by : http://www.sabungayamonline.net