Skodeng Nombor Untuk Menang Hadiah!

Under Construction!

Klik la kat sini...

Thursday, November 4, 2010

Pendapat, Pandangan Dan Cadangan Dari Blogger

 
Salam 1 Malaysia.
 
Disini beca ingin mengetahui pandangan, pendapat dan cadangan tentang blog BECA HITAM dari semua blogger. Secara amnya, beca pun tak tau apa pemikiran blogger tentang blog BECA HITAM ni.
 
Tujuan beca menghasilkan blog BECA HITAM ni sekadar untuk berkongsi maklumat am yang selama ini mungkin diabaikan oleh sesetengah orang. So, dari seseorang tu untuk menggoogle mencari bahan bacaan, beca carikan dan buat entri kat blog beca. Mudah dan senang bagi semua orang, tetapi tak semua blogger yang suka entri pasal informasi, kan?
 
Jadi disini beca ingin meminta jasa baik dari semua blogger memberi pendapat, pandangan dan cadangan untuk beca mengukuh dan memperkasakan blog beca untuk semua.
 
Beca mengalu-alukan segala pendapat, pandangan dan cadangan yang berunsur positif dan negatif supaya beca tahu kelemahan dan kelebihan blog BECA HITAM ni untuk kebaikan semua.
 
Jadi disini beca ingin mengucapkan billionan terima kasih terlebih dahulu kepada pendapat, pandangan dan cadangan yang bakal blogger2 sekelian berikan.

13 comments:

Cikpuan Qiqi said...

beca tulis je ape yg beca rse btoi..kadang2kite ni suke mendengar pendapat org...kadang2 ade jugak yang nk tau tip2..ape lg ye..mcm2 la..tp yg lebei elok beca wt ape yg beca rase lahir dr diri beca..2 yg lg better.^_^

Beca Hitam said...

cik qiqi :

betul apa yg qiqi katakan. cuma beca nak improve lagi blog ni utk memenuhi citarasa blogger yg singgah kat sini.

thank qiqi sbb komen

Lagenda said...

entah la yek beca..mak sendiri pun masih lagi baru dlm bidang ni. Nak tunjuk itu ini, mak tak layak kot.

Cuma, bagi mak, mak blogkan sesuatu yg mak selesa, yg mak suka..kalo kita terlalu pikirkan apa kehendak orang, kita tak akan dapat kepuasan dgn blog kita. Kita cuma puaskan kehendak org..

BUT, dalam pada kita bercerita ttg apa yg kita suka n selesa tu, kena la pandang kiri kanan gak tgk pendapat org..nnt takut org kata kita syok sendirik plak.

Cuma, pesan mak, kalo nak buat entry info, JGN copy n paste!! Buat dengan ilham beca sendiri. SALAH dari segi akta berblog kalo beca main copy n paste dr mana2 website atau blog, kecuali dgn izin dan kreadit kpd tuan website.

Lastly, tepuk dada, tanya selera..

Beca Hitam said...

mak lagenda :

terima kasih mak sbb bagi pendapat. setakat ni mmg beca copy n paste dan betul kata2 mak, kita kena tanya pendapat org juga supaya jgn org kata kita syok sendiri.

lastly, sakit la dadda kena tepuk dan bila sakit, selera pun ilang... kah kah kah

krole said...

bagi krole truskan berkarya seperti ini bro...byk maklumat yang best2 kat sni...n krole suka stail beca~penulisan mmg superb~kalah krole ngeee..truskn brbloging ngeee...

p/s : muahhhhhhhh~!!!

Beca Hitam said...

krole :

secara jujurnya, beca berkarya dgn menumpang semangat krole dlm blog ni. krole x nampak secara terang-terangan tapi beca dapat rasakan semangat krole dalam diri beca untuk terus berblog.

thank you krole sbb sudi menyokong beca di blog ini

krole said...

wuahhhh bru sng nak komen karya beca heee~wuahh terharu krole ngan ayat beca tu...mmm..cme krole le kate terima kasih keran adpt trima krole seadanya~sal ni r diri krole ngeee...

okai2..jom heep2 horayyyyy!!!

Beca Hitam said...

krole :

beca terima semua rakan blogger seadanya...

ok... heep2 horayyyy!!!

Nazifa M.Zali said...

salam beca..
blog beca da ok..bulan enjoy membace nye..especially segi tiga bermuda tue..ehee
bg bulan,blog bulan tmpt bulan mengedik..tulis pe yg bulan suka,xsuka,benci,sayang or sedih...tp secara tak langsung ade benda yg bulan nk sampaikan...
bulan yakin beca boleh!
ehee

Beca Hitam said...

bulan:

terima kasih utk komen bulan. beca cuma tahu pendapat atau cadangan agar beca dapat mengukuh dan merperkasakan blog beca. cuma buat masa ni, beca belum share my feeling kat blog lagi. insyaallah suatu hari nanti beca buat entri pasal feeling beca...

nazirulhazwan~ said...

honestly bro, u punye entry is nice da. sume da okey da:) no prob at all.
tp, if bro dpt superbkan layout blog ni, den cayo, meletop2 la blog bro!

just pandangan insan yang juga serba kekurangan:)

Beca Hitam said...

kobEj0rdan~ :

thanks bro kerana komen.. beca akan cuba utk 'menyuperbkan' lagi blog beca, insyaallah...

Padin said...

kalau BecaHitam serius dalam blogging, boleh cuba untuk mesra SEO, mana tahu tips dan panduan yang BecaHitam ketengahkan mudah untuk pembaca carian enjin jumpa, hee..

apa pun, dah nice dah kat sini, teruskan je.. cuma, betul kata mak tu, jgn copy paste.. itu je rule dia.. sekadar pendapat, gudluck..